Jumaat, 7 Januari 2011

Supervisor.

Hari jumaat yeay! Tiap hari sibuk setelkan hal tugas akhir atau dalam bahasa omputih-nya ialah final year project. Aku rasa bersalah dengan supervisor yang kedua sebab slalu tak nyempat-nyempat nak jumpa nge-date dengan dia. Hari Isnin dah nak present. Surat undangan nak present pun aku baru bagi tadi. Tu pun beliau takde di meja. Haih. Mati aku. Jangan la beliau terasa atau terkecik hati dengan aku. Aku bukan bermaksud tak memerlukan nasihat beliau. Aku hanya mengejar waktu. Im outta time bak kata Oasis. Lagipun dia takda kalau petang. Aku pulak tak boleh pegi pagi atas sebab2 tertentu. Susah lah aku. Tadi aku pegi pagi pun dia tak nampak bayang.

Eh, perlu ke aku menjelaskan dengan jelas kat sini. Walaupun tak perlu, tapi aku nak perlukan jugak. Nanti kalau dia terasa dengan aku camne? Nanti dia ingat aku main sukahati je nak present. Macamana? Pastu dia tak nak bagi aku markah yang baik macamana?

Aku nak rasuah kang, aku tiada harta. Tadi pun bayar print dah nak dekat harga nasik aku makan seminggu dua kali. Kering beb kering. Dengan ini hendaklah kerajaan tidak menuntut balik duit mereka bagi pinjam ni. Bukan aku buat benda tak betul. Aku bayar print wei.

Berbalik kepada supervisor ke 2, aku harap beliau ok je. Lagipun beliau memang baik. Dan aku pun mangsa keadaan. Cewah. Sempat lagi nak bekap diri sendiri.

Doakan aku berjaya present dengan baik Isnin ni. Cuak sial. Present tugas akhir!

3 ulasan:

@mira berkata...

setelah usaha kembali kepada yg ESA..buatlah solat hajat semoga dipermudahkan segalanye..ok?

best of luck!

ida vida berkata...

Eh eh all d best bestie! Knock 'em the examiners out! :p

Suraya. berkata...

@kak long : aminn. tenkiuuu! :)

@ida vida : ho yeah bebeh! i will! tq! :)