Sabtu, 16 Julai 2011

While we thrive through all the tension What about coloured selves? What is your take on the fact that your colour is disarray?- LabTheRat

video

Selasa, 5 Julai 2011

Dreams.As I Turn One Year Older.

Speacialize in eye surgery.
Have beautiful house and family.
Travel around the world.
Die with no regret.
Join a punk rock band in heaven.
Band tour to hell.
Live happily ever after in heaven.

I rather not call these as dreams. It is more like life target.


Sabtu, 25 Jun 2011

Keluh Kesah Bahagian Satu.

Dah lama gila tak bukak blog. Dah lama gila tak bersosialisasi kat jaringan sosial dan alam maya. dah lama gila tak inbox kawan-kawan jauh dengan cakap-cakap bodoh dan lawak. Dah lama tak tengok video-video youtube. Nak buat keje ilmiah pun susah. Ni semua sebab takde internet.

Kepada yang suka melepaskan tanggungjawab sendiri dengan tak bayar bil, sila fikirkan kesannya kat orang lain okay.

Ahad, 27 Mac 2011

Kadang- kadang, aku rasa. Kadang-kadang aku tak rasa.

Aku. Bukan aku.


Jumaat, 21 Januari 2011

Blockquote #1

Regret comes in all shapes and sizes. Some are small like when we do a bad thing for a good reason. Some are bigger like when you let down a friend. Some of us escape the pain of regret by making the right choice. Some of us have little time for regret because we’re looking forward to the future. Sometimes we have to fight to come to terms with the past, and sometimes we bury our regret by promising to change your own ways.
But, our biggest regrets are not for the things we did — but, for the things we didn’t do. Things we didn’t say that could’ve save someone that we care about. Especially when we can see the dark storm that’s headed their way.

Jumaat, 14 Januari 2011

Word of the Week.

Gak jelas.


Makna : keadaan dimana kita tidak tau dan tak boleh nak predict ape akan berlaku atau sedang berlaku.

Singkatan : GJ (cara sebut - geje) . bukan bhs kelante ni.

Contoh :
A -ape kita kene buat sekarang ni?
B - Gak tau sihh.. gak jelas.
atau bleh jugak di jwab
B - gak tau . Geje.

Basically this whole week is GJ!

Sabtu, 8 Januari 2011

Clerkship.

Salam bahagia dan salam satu malaysia.

Straight to the point, entri ni aku nak cerita pasal clerkship. Aku dah masuk peringkat clerkship. Bukan clerkship taip2 kat opis tu. Kalau kat fakulti aku, clerkship ni adalah peringkat dimana sume budak-budak habis belajar teori pegi hospital. Pegi observe sebelum betul-betul buat kerja kat sana. Budak budak ni sume akan di panggil budak klerek.

Memang jakun sikit sebab aku tak pernah pegi hospital as student. Pergi nak melawat orang adalah. Untuk clerkship ni, aku start dengan lab surgery. Santai berbanding dengan member-member yang kene masuk lab lain. Hanya pergi jalan-jalan kat wad, unit emergensi dan poliklinik. Pastu kat tempat tersebut, buat la ape kita suka. Belajar sendiri.

Hari pertama, aku masuk wad no 18 dengan navkiran. Ada satu time, nurse pegi bersihkan luka seorang pesakit open fracture. Kaki besi-besi. Kami pegi lah tengok. Navkiran cakap shit! Dia dah tak tahan nak muntah tengok kaki orang tu nampak tulang. Aku dengan konon cool cakap takpe2. Sikit je ni. 5 minit lepas tu aku pulak yang dah tak tahan. Mata dah nampak hitam hitam je. Damn. Sebelum jatuh, aku pegi duduk atas kerusi. Kali ni navin pulak tanya aku, ko ok tak?
Haha. Karma sekejap je nak balas dendam.

Dalam satu hari entah berapa kali aku rasa benda sama. Malu kat nurse. Malu kat navin. Malu. Entah macamana masa depan aku ni. Berani ke tak berani, aku kene bolos saja dinding itu..! kan? Waktu aku mula-mula tengok mayat takde lah rasa macam ni. Sekarang baru aku rasa macam baik tengok mayat daripada tengok yang hidup.

So percubaan di hari kedua, aku baca doa banyak2 sebelum pegi hospital. Tapi peh. Boring. Wad no 13. Orang sume macam tak sedar je. Haih. Kesian jugak.

Hari ketiga pun takde perkara menarik sangat. Kecuali nak masuk unit luka bakar. Berdebar jugak la mula-mula. Tapi takde kes ngeri. Selamat. Heh.

Aku excited nak tunggu lab obgyn. Katanya orang memang bloody hell. Takpe kita kena cuba. Jangan patah semangat. Kuatkan semangat. Nak tengok orang bersalin yaww..! Next week lab pediatric. Oh well i love kids. Especially babies.

Overall, takde lah penat sangat. Tapi penatlah jugak. Pegi sana-sini. Penat berdiri. Pakai wheel chair kang, ada yang jeles pulak.

Petang jap lagi kena jaga kat unit emergensi. Tapi sekejap je katanya orang. Nak cuba nasib macamana. Kadang-kadang, aku harap takde kes ngeri. Kadang-kadang, aku harap ada. Ikut lah macamana. Nak tak nak, kene jugak kan.

Jumaat, 7 Januari 2011

Supervisor.

Hari jumaat yeay! Tiap hari sibuk setelkan hal tugas akhir atau dalam bahasa omputih-nya ialah final year project. Aku rasa bersalah dengan supervisor yang kedua sebab slalu tak nyempat-nyempat nak jumpa nge-date dengan dia. Hari Isnin dah nak present. Surat undangan nak present pun aku baru bagi tadi. Tu pun beliau takde di meja. Haih. Mati aku. Jangan la beliau terasa atau terkecik hati dengan aku. Aku bukan bermaksud tak memerlukan nasihat beliau. Aku hanya mengejar waktu. Im outta time bak kata Oasis. Lagipun dia takda kalau petang. Aku pulak tak boleh pegi pagi atas sebab2 tertentu. Susah lah aku. Tadi aku pegi pagi pun dia tak nampak bayang.

Eh, perlu ke aku menjelaskan dengan jelas kat sini. Walaupun tak perlu, tapi aku nak perlukan jugak. Nanti kalau dia terasa dengan aku camne? Nanti dia ingat aku main sukahati je nak present. Macamana? Pastu dia tak nak bagi aku markah yang baik macamana?

Aku nak rasuah kang, aku tiada harta. Tadi pun bayar print dah nak dekat harga nasik aku makan seminggu dua kali. Kering beb kering. Dengan ini hendaklah kerajaan tidak menuntut balik duit mereka bagi pinjam ni. Bukan aku buat benda tak betul. Aku bayar print wei.

Berbalik kepada supervisor ke 2, aku harap beliau ok je. Lagipun beliau memang baik. Dan aku pun mangsa keadaan. Cewah. Sempat lagi nak bekap diri sendiri.

Doakan aku berjaya present dengan baik Isnin ni. Cuak sial. Present tugas akhir!

Khamis, 6 Januari 2011

no II

Kadang-kadang aku rasa aku tengah pakai invisibility cloak. Kadang-kadang aku rasa aku sedang berjalan dalam dimensi lain. Orang jalan sebelah aku pun takkan dapat nampak aku sebab aku kat dimensi lain. Kadang-kadang aku rasa, yang aku tak dapat rasa. Dan yang tak perlu. Aku rasa aku tahu kenapa. Tapi bukan tahu semua. Aku rasa je la.

Faham ape aku cakap?






Existence.

Selasa, 4 Januari 2011

Attempt-ion.

Bangun tido, aku terus pasang lagu-lagu album winning days the vines untuk jadi peneman. Baru rase ada semngat kesukanan sikit nak buat keje. Sebelum tu mandi dulu. Lepas tu teringat aku penah buat kek cawan. Ape kaitan the vines dan mandi dengan kek cawan pun tak tau.

Dah lama aku buat cupcakes ni. Zaman bila entah. Time tu bangga dapat buat kek camni walaupun buruk rupanya. Tapi sedap rasanya.

bukan decorate lagu yuna tu.



Tadaaa... Buruk pun Ok la ni kan.1st attempt.

Resepi boleh la anda google. Sebab aku pun lupa amik resepi kek ni kat mana. Tapi boleh la jugak la jugak kalau anda nak order. Bukan dari aku. Order dari kedai-kedai kek berhampiran anda sekarang.

Isnin, 3 Januari 2011

Post Pertama.

1 2 3. check! Taaaddaaa..
Post pertama sejak tahun lepas kot. Tengok atas. Tengok atas. Tajuk belog baru ni beb. Hajat hati nak tukar layout tapi dasar pemalas nak mati.


Takde masa.