Jumaat, 31 Disember 2010

Hari ini Hari Last.

Hari ni hari last final exam aku. Memang inilah yang ditunggu-tunggu. Hajat nak meraikan hari ni dengan bangun awal. Tapi terlambat sikit. Sempat la subuh gajah. Aku doa tuhan kuatkan semangat aku. Lepastu, aku breakfast air milo. Cicah biskut marie. Teringat kat rumah. Cis. Chatting dengan Nurul memang buat aku jeles. Tweet dari abang buat aku homesick. Nak balik wei. Nak join family gathering. Aku pun tak faham. Aku sekolah asrama sejak dari tingkatan 1. Dah biasa duduk jauh dengan keluarga. Tapi bila aku tercampak kat sini, aku rasa macam aku tak biasa. Aku buat-buat tak biasa. Aku komplen sana sini, itu ini. Macam mak nenek.

Hari ni aku siap pakai baju kebaya lagi pegi kelas. Budget cun. Baju lama. Tapi ok lagi. Kain je ketat. Bontot dah besar kot. Aku ingat hari ni hari ke 5 kot aku pakai baju tu. Bukannya aku pakai kebaya hari-hari. Kalau nenek aku zaman dulu mungkin dia pakai setiap hari pegi pasar kan. Orang zaman dulu memang seksi. Tapi kebaya aku tak seksi. Nak pegi jawab exam pun takkan nak seksi. Tak sopan. Tapi penat je pakai cantik2 bukan boleh jawab sangat pun.

Habis exam takde aktiviti. Entah. Semua orang sibuk kot. Selalu sibuk plan nak buat macam-macam. Weekend mesti selalu full dengan aktiviti. Ni sekarang aku end up depan laptop dengan perut lapar. Pemalas sangat nak makan tadi.

Kebetulan, hari ni hari last tahun belajar teori. Maksudnya lepas ni aku masuk tahun praktikal. Tapi projek tahun akhir tak setel lagi, teori didada pun masih tak cukup tapi lantaklah. Follow the flow je sekarang ni. Nak stress tapi gigi sakit. Kesakitan gigi mengatasi rasa stress. Malas nak jumpa dentist lagi. Dentist tu rambut putih2 macam Tan Sri Hasan Merican. Dia cakap nak kene buat minor operation untuk buang gusi sikit. Gigi bongsu nak tumbuh. Ni satu hal aku fed up. Aku tak suka syringe. Aku tak suka syringe. Aku tak suka syringe.

Kebetulan jugak, hari ni hari last tahun 2010. Nak cakap pasal new year resolutions? Aku takda. New year's resolution samalah maksudnya dengan manifesto-manifesto politik palsu untuk diri sendiri. Jadi aku malas nak politik diri sendiri. Nak recap tahun 2010, tak perlu lah. Aku malas. Tahun yang bermakna untuk aku. Heaven dan hell. Aku faham apa yang berlaku semua ada hikmah.

Nak cakap pasal nak sambut tahun baru macamana? Entah. Mungkin malam sikit baru join Poovy kluar. Kalau jadi.

Peh. Dah lama tak buat entri panjang. Kan dah.

Ahad, 26 Disember 2010

Dedikasi Lagu.

Sempena dengan hampir berakhirnya tahun 2010 dan nak masuk tahun baru, ingin saya mendedikasikan lagu ini kepada kawan-kawan yang jauh dan yang dekat, yang dekat dan yang jauh, yang kenal dan yang tak kenal, yang rapat dan yang regang, yang memahami dan yang tak memahami. Sekian, terimalah!


Fall Back Down - Rancid

Isnin, 13 Disember 2010

Ucapan Tahniah Secara Rasmi

Baca blog mahfuzah aku tersengih-sengih sendiri. She must be happy now. And im happy for her too. 2-3 hari lepas dah dapat tau dia dapat result semester gempak. Tapi takde duit nak hantar bunga segar sebagai tanda tahniah. Nak pegi cari bunga tepi jalan pun takde bunga.

Aku nak jugak jadi macam dia. Nanti dapat grad dengan class satu. Oh damn cita-cita aku tu jadi abu je la. Sebabnya, malas aku nak taip kat sini.

Btw, congtaulations fren! U r really flat (pujeh, ni ade 2 maksud).haha. Lebiu!

Sabtu, 11 Disember 2010

Waiting for The End.

Pagi-pagi bangun dah terdengar lagu waiting for the end-linkin park kat blog Cik Aina. Terkejut jugak la aku. Ye la ingat bunyi2 dari masjid tadi. Best jugak lagu ni. Lama sangat dah tak layan linkin park. Dulu masa zaman high school mmg ada juga lah aku layan linkin park ni sume. Adik aku cakap alah, linkin park, lagu budak asrama. Heh. Aku pun tak tau kenapa dia cakap macamtu.

waiting for the end to come wishing i had strength to stand this is not what i had planned it's out of my control....all i wanna do is trade this life for something new.

Perghh.. rasanya mcm soundtrack hidup sekarang. Macam sial ckp macam ni. haha. ok2. I know this world doesnt revolved around me. Tapi dari tajuk dia, aku memang tengah waiting for the end. At least, end of disember, end of 2010. Disember is just full with exam and exam and disappointment and stress.

Sabtu, 4 Disember 2010

Aku Selalu Suka Hari Sabtu.

Penat
Penat
Penat
Penat
Penat

Penat belaja last minit ni. Tapi syukurlah dah hari sabtu hari ni. Maknanya exam dah habis. Exam seminggu tak henti ibarat sebulan tak makan kueh teow. (eh, berhenti hari rabu sebab last minute cancel. Lecturer aku suke cancel last minute sampai exam pun leh cancel ). Aku rasa exam kali ni, aku lebih focus sikit walaupun tak sampai 80%. Mungkin sebab dapat hidayah. Ataupun mungkin sebab tengok result semester lepas yang kurang meyakinkan. Aku harap lulus la paper2 tu semua. Setakat lulus pun jadilah. Aku rasa muak dengan exam. Macam kueh teow, makan banyak2 jadi muak jugak.

Sekarang, aku mencari time sesuai untuk melancarkan hobi aku yang dari dulu aku suka. Dah cakap hobi kan memang la kena suka. Aku nak tidur pecah rekod.