Sabtu, 27 November 2010

Cita-cita Semasa.


Nanti kalau rajin nak buat mcmni la dalam bilik aku. Kalau rajin la. Tapi kene pegi curik lampu kelip2 tu kat umah sarah ngn abir dulu. Hm..

Ahad, 21 November 2010

Tidak di-Tajukkan.

Setiap hari khamis atau jumaat (semester ini sahaja), aku mesti kena buat keputusan tepat. Bukan keputusan untuk solat jumaat kat masjid mana sebab aku perempuan. Tapi keputusan untuk pergi kelas ke tak.

Kalau keputusan aku tak tepat, maka akan terkantoi la dengan lecturer yang tiba-tiba rajin nak check attendance. Terpaksa la membuat surat atau berkejar-kejar ke kelas kononnya terlambat pergi walhal memang dah niat tak nak pegi. Tapi kadang-kadang kalau keputusan tak tepat juga, aku akan tersadai dalam kelas tunggu cikgu yang tak kunjung tiba ibarat menunggu bulan jatuh keriba.

Bagi aku, kononnya taknak membazir masa.eheh. Buat ape tersadai dalam kelas kalau waktu tu aku boleh tidur kat umah atau layan tgk movie sedikit sebanyak kan atau baca sedikit nota untuk exam yang bakal berlangsung tepat 5 jam lagi. Kadang2 kalau cikgu tak datang tu yang paling bengang, Time tu jugak aku akan mengeluarkan spell2 yang tak patut kepada cikgu2 yang cancel klas last menit.

Sewaktu artikel ini ditulis (sbb aku takleh nak publish internet sangkut), aku dalam proses memonteng. Tapi kalo ada sms bikin cuak bebunyi "lec check attandance" aku kene berlagak seperti seorang anggota bomba yang pantas bertindak.

Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang suka ponteng melainkan kalau terpaksa atau malas sangat. Waktu sekolah aku suka lah ponteng-ponteng. Baru ade thrill wa cakap lu. Ada adengan kejar-kejar dan denda-denda dengan warden. Macam cite Gerak Khas. Nasib takde adengan tembak-tembak je. Aku ponteng class pun sebab aku tak suka tajuk "bagaimana enjin berfungsi" dalam matapelajaran Kehidupan Murni. bukan. Kemahiran hidup. Dan waktu fizik. Waktu ni malas nak cakap lah. Aku bukan anti cikgu tu tapi aku rasa malas sangat nak dengar cikgu membebel. Selebihnya, aku lebih prefer ponteng surau dan perhimpunan.

Khamis, 18 November 2010

Saya se-Yoko Lagi.

picture courtesy of : Hariri Jumain

Amacam. Kacak tak gua dalam gambar? Gua nak mencari populariti sedikit maka gua letak sikit biodata gua. Rasanya gua kene buat account fb. Baru ramai makwe.

Name/nickname : Yoko.

Age : Tidak dapat dipastikan kerana tak mendaftar di pejabat pendaftaran (Mungkin mengalami masalah mendapatkan Mykad nnti)

Nationality : pengikut Namawee . I am a brit*.

School : Home-schooling.

Hobby : Run, play and run and play. And catch.

Friends : Teddy bear and everyone home.

Relationship : Tidak pernah mengorat.

Music influence : wide range - from Oasis to Greenday to Lovemebutch to Paolo Nutini to Coldplay to . . . .

Fav Food :
-- intentionally left blank sbb my aunt have no idea. Bukan dia bela gua pon --

Fav Quote : " So much time, so little to do " - Garfield.

*tipu je. kg asal Melaka bandaraya bersejarah.

Harry Potter vs The Beatles versi Abbey Road.


Sabtu, 13 November 2010

November dan Tarikh Penting.

November. Another year at Hogwarts. Tak sabar sehh. Kalau memang betul ada Sekolah Magic Hogwarts, aku akan belajar betul2 nak masuk sekolah tu. Tapi seriously, rasa macam nak se-umur hidup ni ada filem harry potter. Kene suruh JK Rowling buat episode dimana Voldemort tersilap spell - curse semua warga magician jadi immortal. Macam vampire. Pastu boleh la buat crita yang tak habis-habis.

Nota kaki : Syukran. Syukran. Hari ini lunch dan dinner ditaja khas oleh pihak yang malas nak disebutkan nama mereka.

Sabtu, 6 November 2010

Kakak Aku Pengarah.

Dia bukan boss mana-mana syarikat. Kalau dia boss aku dah lama benti belajar. Kerja dengan dia. Tapi aku selalu panggil dia pengarah. Tak tau la dia bengang ke tak. Sukati dia la. Tapi dia selalu macam ni :

"Adik, tolong ni jap"
"Adik, tolong pegi amik jap"
"Adik, tolong jemur jap.."
"Adik, tolong tengok jap.."
"Adik, bla bla bla"
"ala.. tolong la jap"

Aku mesti "alaaaa..kau ni.." *muka kerut dahi*

Tapi aku takde kisah sangat pun. Kadang2 je aku hangin sbb aku malas. Kalau nak jadikan pepatah, bak air ditikam pedang samurai, buat penat je sebab takkan mati air ditikam. So, kakngah, jom pegi makan-makan?

p/s: bukan restoran bora-bora yer. skarang rse nak meatballsikea. Dengan fries yang sgt banyak dan banyak. simple je kan. emm..

Selasa, 2 November 2010

Not For Anyone-else.

We are different in many ways.
We see world from different windows.
We enter situations from different doors.
What makes me happy doesn't make you smile.
What beautiful to me doesn't always impress you.
What matter to me doesn't worry you .
What important to me doesn't complicate your life.
What is boring to me doesn't make you too.

And I guess this is vice versa.
So, let just think that we are not the same.
Still, I knew I am no way better than you.