Khamis, 8 Julai 2010

This is Not a Goodbye Post.

To those who being hurt by me, I am sorry.

It is hard to act like it does not matter.
It is hard to pretend that I am okay nowadays.
I'm becoming more transparent and I hate being that way.

Anyway, I will die sooner or later. So you can hate me and forgive me.

Rabu, 7 Julai 2010

Tak larat . Tak larat. Tak larat! Sakit kaki. Bola tak dapat. Tendang tak kuat. Kene rajin practice. Tapi sure la balik cuti ni keje aku makan tido.

Futsal lagi hari ni. Best. Lawan team lelaki hari ni dan dah tau banyak perkara. Cuma tak reti nak apply. haha. Practice dengan team kampus dah sebulan tak pegi. Jangan coach lupa aku dah la. Amir cakap aku poyo sebab main futsal. Dia cakap aku nak jadi macam gol dan gincu. Aku tak nak jadi gol dengan gincu sebab aku tak lawa macam Fazura. Aku nak jadi macam messi. Cute. hoho. Bukan poser ok. Dah memang best main futsal. Lagipun aku memang tak reti main sport lain. Penakut katakan. Khayal je rasa bila main. Pastu balik mandi tido. Pastu exam esok ni aku jangan nak fail okeh!.

Aku Kata. Kau Kena Percaya,

Biarkan. Biarkan. Biarkan.

Biarkan hujan. Biarkan ribut. Biarkan kabut.
Semoga ada pelangi di hujung jalan.

Ahad, 4 Julai 2010

If I Have Superpower. #2.

I will make everything back to normal. Like before the thunder.

I hope we do well like before. Better than before. Can we?

If I Have Superpower.

I love both of you. I just don't know what to do.

If I have super power, I want to make everyone happy.
I want to make everything easy.

Khamis, 1 Julai 2010

I was Born on 1st of July 1988. This is how I Feel Today.

Hari ni 1 july. Seperti biasa. Hari demi hari, aku makin tua juga. Cuma mungkin istimewa sikit agaknya rasa di hari rasmi macam ni. Ye lah. Hari rasmi keluar dari uterus mak aku. Menangis pertama kali. Mandi pertama kali. Minum pertama kali. Semua pertama. Tapi tu semua 22 tahun dulu. Istimewa juga rasa bila wall kat fb penuh ucapan hari lahir. Baru macam tersedar, oh ramai jugak kawan yang sudi nak ucap selamat. Terima kasih kepada kawan-kawan! Love u all. Terima kasih jugak kepada fb sebab tampal birth-date aku dekat home semua kawan. Sms dan phone calls juga buat rasa aku sedar diri yang dah lama rupanya aku hidup. Patutla macam penat semacam. dah dua dekat. Rasa lagi best bila kita pegi klas kawan-kawan peluk dan ckp hepi besday! Rasa diri sendiri wujud dalam kehidupan ni.

Argh! Berat rasanya nak mengaku umur dah meningkat. Entah kenapa. Mungkin sebab umur makin banyak, tapi perangai lebih kurang. Umur makin banyak, tapi pahala makin kurang. Ilmu dalam kepala pun tak berganda. Ape pun masih banyak yang belum dicapai selama 22 tahun hidup. Rasa macam ruginya masa-masa yang dibazirkan dulu. Ape aku buat dan ape aku dapat masih belum tentu arah. Rasa kecewa tapi takpe lah. Semoga umur aku panjang.

Ok. Dah la merepek. Sangat terima kasih kawan2 yang buat birthday surprise hari tu. Memang aku malu kalau buat birthday party aku tapi aku buat2 tak tau je. Sebab perasan macam centre of attention. Kehkehkeh. (tahun lepas lagi malu kot sbb ramai)