Rabu, 3 Mac 2010

Megasale vs Megatron

Suatu hari, aku ke menemani kakak dan umi aku ke kedai kain. Setelah selama berjam-jam aku ternampak sofa macam best nak duduk. Kemudia di sofa itu terdapat 3 -4 (ingatan kurang bagus) budak-budak kecik yang nampak gaya macam sekolah tadika lagi. Aku nak pergi duduk kat situ tapi aku aku rasa macam tak yakin sebab budak-budak tadi tengah main perang-perang kat sofa tersebut. Nanti kalau diorang ingat aku di pihak musuh mesti aku tak dibenarkan duduk. Ok sebenarnya focus cerita ini takde kena mengena dengan sofa atau perang.

Dalam masa yang sama aku dengar ada 'announcement' pasal sale yang berlaku kat kedai tersebut Semangat kedai tu buat promosi. "Megasale! Megasale! Murah. bla..bla..bla..bla.. " Tanpa menghiraukan promosi itu (bukan aku bayar pun kan), aku kembali kepada perkara asal, nak duduk atas sofa. Lepas habis je 'annoucement promosi' tu , salah sorang budak kecik tadi datang tak tau dari mana dengan tangan menyilang nak 'fire' cakap "Megatron! Megatron!". Aku terus tak jadi duduk sebab nak tergelak dan takut dengan Megatron yang baru datang tu.

2 ulasan:

fatinazhana berkata...

senget la mu meksu!hahaha

hanis nadira nazri berkata...

ahahhaaa...aku tau..budak tu hebat!
comel lak tu!