Sabtu, 27 Mac 2010

Masa itu Emas, Emas itu sukar dicari.

Perkara-perkara yang aku nak buat tapi tak buat-buat :

1- Tampal gigi. Gigi berlobang kene tampal balik sebab tampalan dia tercabut.
Alasan tak buat: Member ajak keluar dan aku takde masa nak pegi dentist dan bangun lambat.

2- Edit dan print notes forensic selama 4 minggu.
Alasan tak buat: Aku geli sial tengok orang mati bunuh diri ke kene bunuh ke. Kenapa kene blaja forensic! Aku tak nak jadi CSI la.

3- Lap kipas berhabuk gile.
Alasan tak buat: Nanti kena allergic reaction.

4- Basuh sneaker yang berzaman tak basuh.
Alasan tak buat: Sneakers tak basuh br rock n roll. Tapi sneaker aku ada kertas melekat! jadi tak rock n roll. So kene basuh.

5- Habiskan tengok dua lagi episodes Life is Unexpected dan Gossip Girl.
Alasan tak buat: Kene reply komen kat fesbuk. Takde masa.

6- Update phone. Bukan bermaksud beli phone plg canggih tapi masukkan sikit lagu yang best sebab dalam phone aku sekarang ade satu je lagu dan 2 keping gambar je. Lagu tu pun sebab aku nak buat ringtone dan alarm.
Alasan tak buat: Phone call dr peminat yang ramai. jadi tak sempat.

Aku harap aku sempat la buat. Alasan sebenarnya ialah malas. Time is gold-fish!

1 ulasan:

fatinazhana berkata...

hahahahhaha.sengal!!