Sabtu, 27 Mac 2010

Masa itu Emas, Emas itu sukar dicari.

Perkara-perkara yang aku nak buat tapi tak buat-buat :

1- Tampal gigi. Gigi berlobang kene tampal balik sebab tampalan dia tercabut.
Alasan tak buat: Member ajak keluar dan aku takde masa nak pegi dentist dan bangun lambat.

2- Edit dan print notes forensic selama 4 minggu.
Alasan tak buat: Aku geli sial tengok orang mati bunuh diri ke kene bunuh ke. Kenapa kene blaja forensic! Aku tak nak jadi CSI la.

3- Lap kipas berhabuk gile.
Alasan tak buat: Nanti kena allergic reaction.

4- Basuh sneaker yang berzaman tak basuh.
Alasan tak buat: Sneakers tak basuh br rock n roll. Tapi sneaker aku ada kertas melekat! jadi tak rock n roll. So kene basuh.

5- Habiskan tengok dua lagi episodes Life is Unexpected dan Gossip Girl.
Alasan tak buat: Kene reply komen kat fesbuk. Takde masa.

6- Update phone. Bukan bermaksud beli phone plg canggih tapi masukkan sikit lagu yang best sebab dalam phone aku sekarang ade satu je lagu dan 2 keping gambar je. Lagu tu pun sebab aku nak buat ringtone dan alarm.
Alasan tak buat: Phone call dr peminat yang ramai. jadi tak sempat.

Aku harap aku sempat la buat. Alasan sebenarnya ialah malas. Time is gold-fish!

Jumaat, 19 Mac 2010

It is not really a good thing wearing braces. Especially when you cannot finish even half bowl of maggie mee.


Khamis, 18 Mac 2010

Cat. Bukan cat.

Aku tak peduli (eh ni bukan copy blog femes tu tapi aku memang tak peduli sebab aku nak cakap jugak). Nak peduli hape kan. Orang puteh cakap curiosity kills the cat. Orang puteh cakap lagi, copycat. Dua cakap orang puteh ini tidak berkaitan hanya persamaan menggunakan perkataan cat. Dalam kulit kerang-nya disini, aku tidak dapat mencari kesimpulan.

Dan jangan bela kucing jika anda asma. Kan aku dah cakap bukan cat. Tapi cat.

Rabu, 17 Mac 2010

Kalau Kau Faham Aku Ucapkan Tahniah.

Kalaulah ada yang faham maksud perkataan aku kan lebih mudah untuk aku. Seperti memahami jasad itu terdiri dari atom. Bila atom-atom itu bebas, takkan ada yang dapat melihat. Kecuali merasakan.

Sabtu, 13 Mac 2010

Milo 3 in 1.

Seronoknya dah 3 minggu aku tiada kelas di hari Jumaat. Jangan jeles sebab memang dalam jadual aku tidak tertulis kuliah pukul berapa. Yang tertulis cuma 'pelaksanaan tugas akhir'. Damn. Aku belum start buat eksperimen lagi. Malas! Semalam Jumaat. Aku bangun agak awal. Macam ada kelas la pukul 8. Breakfast air milo dan biskut marie. Tak sampai sejam, aku rasa mengantuk gila. kemudian aku tidur. Lepas lunch pun aku tertido. Aku rasa milo tu ade ubat tido. Serbuk koko + susu + diazepam = milo 3 in 1. Ok. Gurau je. Takde ubat tidur dalam tu ok. Kene saman aku mampos.

Jumaat, 5 Mac 2010

Saya Mau Supra TK!

Tengok sneakers lama aku, buruk dan lama tak basuh. Rindu pulak rasa nak pakai.Tapi sebelum aku tua dan tak larat angkat kaki, aku nak pakai kasut - kasut macam bawah ni. Smart la. Kan!. Mula-mula tengok kasut macam ni ingat tak larat dah nak angkat kaki and tak best. Tapi tgk diorang pakai macam cun gila kaki kau. Cool. I admire!

Supra TK women
Women's Nike 6.0 Dunk Hi
Women's Nike Dunk Hi Undefeated


ni soldier boots . cool kan!

Ok dah. Nanti orang ingat blog ni jual kasut pulak. By the way, series Life is Unexpected best !

Rabu, 3 Mac 2010

Megasale vs Megatron

Suatu hari, aku ke menemani kakak dan umi aku ke kedai kain. Setelah selama berjam-jam aku ternampak sofa macam best nak duduk. Kemudia di sofa itu terdapat 3 -4 (ingatan kurang bagus) budak-budak kecik yang nampak gaya macam sekolah tadika lagi. Aku nak pergi duduk kat situ tapi aku aku rasa macam tak yakin sebab budak-budak tadi tengah main perang-perang kat sofa tersebut. Nanti kalau diorang ingat aku di pihak musuh mesti aku tak dibenarkan duduk. Ok sebenarnya focus cerita ini takde kena mengena dengan sofa atau perang.

Dalam masa yang sama aku dengar ada 'announcement' pasal sale yang berlaku kat kedai tersebut Semangat kedai tu buat promosi. "Megasale! Megasale! Murah. bla..bla..bla..bla.. " Tanpa menghiraukan promosi itu (bukan aku bayar pun kan), aku kembali kepada perkara asal, nak duduk atas sofa. Lepas habis je 'annoucement promosi' tu , salah sorang budak kecik tadi datang tak tau dari mana dengan tangan menyilang nak 'fire' cakap "Megatron! Megatron!". Aku terus tak jadi duduk sebab nak tergelak dan takut dengan Megatron yang baru datang tu.