Rabu, 3 Februari 2010

Tak Puas Hati.

Semalam aku tak puas hati.

Mereka buat quote "Rakyat didahulukan.Pencapaian diutamakan". Aku tak puas hati.Jangan pakai quote tipu ni kalau ape yang beliau pentingkan adalah anak-bini beliau. Saudara mara beliau sahaja. Jangan tipu kalau rasa duit belambak-lambak dalam bankbeliau tak cukup untuk buat keranda dan jambatan untuk beliau ke syurga.

Semalam aku tak puas hati.

Rumah dia ada Astro. Aku nampak piring besar atas rumah dia. Aku harap bukan hanya channel 104 dia tengok. Aku harap dia tengok National Geographic supaya dia tau ape itu global warming. Supaya dia tak buat pembakaran terbuka depan rumah lagi setiap hari! Sebab aku tak suka asap lalu depan rumah aku.

Semalam aku tak puas hati.

Kenapa Dr tu nak belagak dengan aku. Aku suruh Dr tu check gigi aku. Tapi kalau aku cakap sakit Dr tu stop la sekejap tak boleh ke? Aku tau la nama kau DR Tan. Aku tau la dia doktor. Surgeon. Ada klinik gigi sendiri. Tapi macamla aku kisah sangat. Aku bayar kan perkhidmatan dia. Respect patient boleh? Kau tak belajar ethic? Oh kau lupa sebab kau PMS. Oh no. Kau menopause.

Semalam aku tak puas hati. Memang pun. Dengan diri sendiri pun masih tak puas hati. Gaduh kang.

2 ulasan:

muiz berkata...

jom g gaduh

@mira berkata...

oit...gapo ni??ish..buat bersabo..nk inherit marah abg plak ek..ish...jgnn..i dun want 2nd version of hafeez nazri..huhu