Sabtu, 13 Februari 2010

Kisah Usia. Kisahkah Aku.

Dulu aku tak rasa sangat perubahan umur. Umur meningkat aku tak kisah. Malah aku kisah fikirkan kenapa orang freak out kalau umur meningkat. Sekarang aku dah rasa sikit agaknya. Mungkin kerana banyak lagi dalam rencana hidup ni yang belum aku selesaikan. Aku takut tak sempat.

Pagi tadi aku bangun awal tidak seperti biasa. Aku ikut mak bapak aku pergi breakfast. Aku order nasik lemak tapi dia cakap "Nasik lemak habis dah kak". Aku tak kisah nasik lemak habis. Aku kisah sebab sejak kebelakangan ni kalau aku aku pergi kedai makan, mesti waiter atau waitress dia panggil aku 'kak'. Lepas tu aku mesti rasa dahi aku. Aku takut banyak kedut sangat.

Tadi aku bukak jaringan sosial terkemuka masa kini. Aku tengok status Ida Vida Alves lebih kurang macam ni : sy pegi mmbeli @7e,ketika hndk mmbyr,cashier brtanya, "baru blk tusyen ke dik?" :p . Ida Vida Alves adalah kawan sekolah aku.Walaupun dia telah bertukar nama tapi kami masih kawan seperti dulu. Umur pun dia muda setahun je. Kelas dia sebelah je dulu. Aku fikir perbezaan kes aku dan dia mungkin sebab kelas dia dulu jauh dari pancaran matahari.

Sebelum ni kalau ada orang datang rumah mesti akan cakap kat aku "sekolah mana ni?" takpun "tgh tunggu SPM ke?". Takpun " SPM ke tahun ni?". Aku mestilah senyum biasa je. Sebab masa tu aku dah lama tinggalkan alam persekolahan. Gembira simpan dalam hati je. Bukan nak show off tapi nak bangga la kan. wahaha.

Menjawab persoalan tajuk diatas, aku sebenarnya takdelah kisah sangat dengan kenaikan umur ni kan. Aku anggap macam kenaikan pangkat la. Tapi mungkin lepas ni aku kene kurangkan perasaan stress dan tidur lebih awal supaya muka aku tak cepat tua. Aku akan pergi bersukan (kalau rajin la kan). Nanti kalau aku kawen laki kaya aku kikis la duit dia pegi botox kan. Kalau la. Sekian.

0 ulasan: