Jumaat, 29 Januari 2010

Take Off and Landing.

Ke Melaka bersama parents dan bergaduh dengan Amir kat sana. Atau ke Ipoh tengok Brain Jelly perform (Ipoh best!). Atau di KL sahaja dengan perempuan-perempuan simpanan yang cantik dan yang dirindui. Kenapa semua nak esok kan. Yang penting aku balik tanah tumpah darah hari ini!

Rabu, 27 Januari 2010

Merepek 1.

Sedang apa? Tak tau. Yang pasti, buangkan masa.
Mata nak pejam tapi otak kata jangan! Sebab aku minum air tin Nescafe Latte Rp5800 tadi. Jadi untuk tak nak rasa rugi minum nescafe tin (sebab aku dah ada nescafe 3 in 1), aku tak nak tido lagi. Bosan. Bosan. Bosan.

Jumaat, 15 Januari 2010

Cerita Kosong. Lama dan Sama.

Cuaca dan jarum jam sekarang menunjukkan telah masuk waktu untuk tidur. Tetapi apakan daya aku sejenis manusia nocturnal. Agaknya la walaupun kenyataannya aku boleh tidur bila bila masa sahaja. Aku bersiaran dari bilik Sarah. Guna internet dan letrik beliau. Jadi entri aku kali ini mungkin lebih panjang sikit dari biasa memandangkan aku tidak perlu bayar letrik dan internet. Terima kasih.

Sekarang ni nak tau aku tengah buat ape? Aku tengah menjalankan projek rahsia yang sulit sambil belajar* dan juga chatting dengan Nadira Palapes. Aku sangat frust tak dapat pergi jumpa Greenday kat Singapore hari ini. Memang frust sebab dah macam cita-cita dari zaman sekolah kot nak tengok Greenday. The Killers, Muse, Yeah Yeah Yeah sume tak masuk Malaysia sebab Malaysia sangat kedekut! Malaysia tak rock n roll! Ni malas ni jadi warganegara Malaysia. Tak rock star langsung.

Sudah tahun 2010. Aku rasa sama sahaja. Macam tahun lepas jugak. Baju yang aku pakai ni pun tahun lepas aku pakai jugak. Walaupun skarang ni pinjam baju Sarah. Jadi kedatangan tahun 2010 takdelah membawa makna yang besar. Eh tak! 2010 membawa makna yang besar jika aku yang maknakannya. Faham maksud aku? Takpe kalau tak faham.

Melihat tahun dua-ribu-semilan (Sudah terlambat nak cakap pasal ni. Orang pandang depan la!), aku gembira chaos tahun lepas dah tamat. Mari berlari ke tahun baru dan mengejar impian lama! Lari lari dan kejar! Lari dari masalah, lari dari kekecohan, lari dari mimpi yang ngeri atau mungkin mimpi yang memalukan dan kemudian terus mengejar cita-cita yang sesat entah kat mana tak jumpa-jumpa. Mungkin kalau dulu cikgu sukan aku tau aku kuat lari, mesti aku dah jadi atlet. Tapi sayang, cikgu sekolah aku suka memilih. Pilih kasih. Yang suka pegi bilik guru, yang suka budget baik depan cikgu, yang buat semua homework cikgu dan sebagainya. Atau diringkaskan sebagai pembodek. Aku tak salahkan anda yang rajin dan suka pegi bilik guru. Cuma aku benci teacher's pet diluar sana dan tidak lupa salam tidak suka kepada cikgu-cikgu yang pilih kasih.

Kembali ke topik asal, yang aku sendiri tak tau ape. Sebenarnya dua-ribu-sembilan taklah teruk sangat. Masih ada hari-hari dan bulan-bulan yang produktif. Malah aku bertemu Tom Meighan tahun lalu :) Yang teruk mungkin sebab semester 5 aku yang kelam kabut. Admin yang kelam dan aku yang kabut. Jadilah kelam kabut. Semester 5 aku di kampus macam puting beliung. Walaupun contoh kurang sinonim, tapi memang itulah hakikatnya. Sekarang ini pun aku masih menghabiskan sisa-sisa kekabutan itu. Aku sedang dalam persiapan untuk remedial exam minggu depan. Semester 5 aku terlalu banyak subjek (kalau aku tulis berapa subjek pun mesti korang ternganga dan terkejut macam beruk. Jadi tak perlu tulis) dan banyak juga yang aku fail. Exam pun banyak. Entah berapa kali aku amik exam pun aku tak tau. Sampai rasa macam nak buat status "hidup adalah exam dan exam adalah hidup". Tapi kalau aku buat kang mesti macam emo. Orang lain pun exam jugak kan.

Aku rasa takde la best sangat pun masuk tahun baru sebab tahun ini aku akan menjadi lebih tua. Dan itu bermakna lagi 3 tahun, aku akan mengalami aging process. Nanti kulit muka dah kedut-kedut, mane nak cari duit nak botox? Lepas tu kene minum susu Anlene untuk menguatkan tulang. Lagi 3 tahun jugak aku tamat belajar. Damn. Habis belajar maksudnya kena kerja. Kerja maksudnya bosan, penat dan habis belajar. Maksudnya juga dah mula ke golongan remaja-tua. Lepas tu lagi 6 tahun, kene fikir nak kawin. Lagi damn. Mane nak cari boifren baik kacak bergaya dan tidak gay? Aku sangat anti lelaki-metroseksual-gay-perasan-kacak. Lepas tu aku dah kene stop makan sesuka hati kerana orang cakap semakin tua, semakin tinggi risiko kene sakit jantung. Jadi aku kene excercise betul-betul. Aku tak nak mati mengejut. Takut tak sempat mengucap. Oh no! Aku dah tak remaja ke?

After all, aku bersyukur atas apa yang berlaku dan tidak berlaku tahun lalu. Ada perkara aku suka dan ade yang tidak. Tapi takpelah. Takkan semua perkara kita mesti suka kan. Takde dugaan cabaran la maksudnya. Semoga hari mendatang memberi aku lebih peluang. Peluang untuk lebih berjaya dan lebih gembira. Untuk melambangkan supaya hari mendatang lebih bersinar, aku tukar skin blog aku kepada yang lebih bercahaya. Sekian.

Selasa, 12 Januari 2010

Boulevard of Broken Dream la ni Sial.

Aku bukanlah mahu mengarut mahupun mencarut di malam buta ini. Jauh sekali mahu mengigau. Tapi serious shit, I dont wanna live on this 14th and I wish there are no 14th Jan on calendar! Damn. Damn. Damn. Fucking frustrated. Putus cinta pun tak frust macam ni kecuali kalau putus cinta dengan Billie Joe Armstrong!