Jumaat, 31 Disember 2010

Hari ini Hari Last.

Hari ni hari last final exam aku. Memang inilah yang ditunggu-tunggu. Hajat nak meraikan hari ni dengan bangun awal. Tapi terlambat sikit. Sempat la subuh gajah. Aku doa tuhan kuatkan semangat aku. Lepastu, aku breakfast air milo. Cicah biskut marie. Teringat kat rumah. Cis. Chatting dengan Nurul memang buat aku jeles. Tweet dari abang buat aku homesick. Nak balik wei. Nak join family gathering. Aku pun tak faham. Aku sekolah asrama sejak dari tingkatan 1. Dah biasa duduk jauh dengan keluarga. Tapi bila aku tercampak kat sini, aku rasa macam aku tak biasa. Aku buat-buat tak biasa. Aku komplen sana sini, itu ini. Macam mak nenek.

Hari ni aku siap pakai baju kebaya lagi pegi kelas. Budget cun. Baju lama. Tapi ok lagi. Kain je ketat. Bontot dah besar kot. Aku ingat hari ni hari ke 5 kot aku pakai baju tu. Bukannya aku pakai kebaya hari-hari. Kalau nenek aku zaman dulu mungkin dia pakai setiap hari pegi pasar kan. Orang zaman dulu memang seksi. Tapi kebaya aku tak seksi. Nak pegi jawab exam pun takkan nak seksi. Tak sopan. Tapi penat je pakai cantik2 bukan boleh jawab sangat pun.

Habis exam takde aktiviti. Entah. Semua orang sibuk kot. Selalu sibuk plan nak buat macam-macam. Weekend mesti selalu full dengan aktiviti. Ni sekarang aku end up depan laptop dengan perut lapar. Pemalas sangat nak makan tadi.

Kebetulan, hari ni hari last tahun belajar teori. Maksudnya lepas ni aku masuk tahun praktikal. Tapi projek tahun akhir tak setel lagi, teori didada pun masih tak cukup tapi lantaklah. Follow the flow je sekarang ni. Nak stress tapi gigi sakit. Kesakitan gigi mengatasi rasa stress. Malas nak jumpa dentist lagi. Dentist tu rambut putih2 macam Tan Sri Hasan Merican. Dia cakap nak kene buat minor operation untuk buang gusi sikit. Gigi bongsu nak tumbuh. Ni satu hal aku fed up. Aku tak suka syringe. Aku tak suka syringe. Aku tak suka syringe.

Kebetulan jugak, hari ni hari last tahun 2010. Nak cakap pasal new year resolutions? Aku takda. New year's resolution samalah maksudnya dengan manifesto-manifesto politik palsu untuk diri sendiri. Jadi aku malas nak politik diri sendiri. Nak recap tahun 2010, tak perlu lah. Aku malas. Tahun yang bermakna untuk aku. Heaven dan hell. Aku faham apa yang berlaku semua ada hikmah.

Nak cakap pasal nak sambut tahun baru macamana? Entah. Mungkin malam sikit baru join Poovy kluar. Kalau jadi.

Peh. Dah lama tak buat entri panjang. Kan dah.

Ahad, 26 Disember 2010

Dedikasi Lagu.

Sempena dengan hampir berakhirnya tahun 2010 dan nak masuk tahun baru, ingin saya mendedikasikan lagu ini kepada kawan-kawan yang jauh dan yang dekat, yang dekat dan yang jauh, yang kenal dan yang tak kenal, yang rapat dan yang regang, yang memahami dan yang tak memahami. Sekian, terimalah!


Fall Back Down - Rancid

Isnin, 13 Disember 2010

Ucapan Tahniah Secara Rasmi

Baca blog mahfuzah aku tersengih-sengih sendiri. She must be happy now. And im happy for her too. 2-3 hari lepas dah dapat tau dia dapat result semester gempak. Tapi takde duit nak hantar bunga segar sebagai tanda tahniah. Nak pegi cari bunga tepi jalan pun takde bunga.

Aku nak jugak jadi macam dia. Nanti dapat grad dengan class satu. Oh damn cita-cita aku tu jadi abu je la. Sebabnya, malas aku nak taip kat sini.

Btw, congtaulations fren! U r really flat (pujeh, ni ade 2 maksud).haha. Lebiu!

Sabtu, 11 Disember 2010

Waiting for The End.

Pagi-pagi bangun dah terdengar lagu waiting for the end-linkin park kat blog Cik Aina. Terkejut jugak la aku. Ye la ingat bunyi2 dari masjid tadi. Best jugak lagu ni. Lama sangat dah tak layan linkin park. Dulu masa zaman high school mmg ada juga lah aku layan linkin park ni sume. Adik aku cakap alah, linkin park, lagu budak asrama. Heh. Aku pun tak tau kenapa dia cakap macamtu.

waiting for the end to come wishing i had strength to stand this is not what i had planned it's out of my control....all i wanna do is trade this life for something new.

Perghh.. rasanya mcm soundtrack hidup sekarang. Macam sial ckp macam ni. haha. ok2. I know this world doesnt revolved around me. Tapi dari tajuk dia, aku memang tengah waiting for the end. At least, end of disember, end of 2010. Disember is just full with exam and exam and disappointment and stress.

Sabtu, 4 Disember 2010

Aku Selalu Suka Hari Sabtu.

Penat
Penat
Penat
Penat
Penat

Penat belaja last minit ni. Tapi syukurlah dah hari sabtu hari ni. Maknanya exam dah habis. Exam seminggu tak henti ibarat sebulan tak makan kueh teow. (eh, berhenti hari rabu sebab last minute cancel. Lecturer aku suke cancel last minute sampai exam pun leh cancel ). Aku rasa exam kali ni, aku lebih focus sikit walaupun tak sampai 80%. Mungkin sebab dapat hidayah. Ataupun mungkin sebab tengok result semester lepas yang kurang meyakinkan. Aku harap lulus la paper2 tu semua. Setakat lulus pun jadilah. Aku rasa muak dengan exam. Macam kueh teow, makan banyak2 jadi muak jugak.

Sekarang, aku mencari time sesuai untuk melancarkan hobi aku yang dari dulu aku suka. Dah cakap hobi kan memang la kena suka. Aku nak tidur pecah rekod.

Sabtu, 27 November 2010

Cita-cita Semasa.


Nanti kalau rajin nak buat mcmni la dalam bilik aku. Kalau rajin la. Tapi kene pegi curik lampu kelip2 tu kat umah sarah ngn abir dulu. Hm..

Ahad, 21 November 2010

Tidak di-Tajukkan.

Setiap hari khamis atau jumaat (semester ini sahaja), aku mesti kena buat keputusan tepat. Bukan keputusan untuk solat jumaat kat masjid mana sebab aku perempuan. Tapi keputusan untuk pergi kelas ke tak.

Kalau keputusan aku tak tepat, maka akan terkantoi la dengan lecturer yang tiba-tiba rajin nak check attendance. Terpaksa la membuat surat atau berkejar-kejar ke kelas kononnya terlambat pergi walhal memang dah niat tak nak pegi. Tapi kadang-kadang kalau keputusan tak tepat juga, aku akan tersadai dalam kelas tunggu cikgu yang tak kunjung tiba ibarat menunggu bulan jatuh keriba.

Bagi aku, kononnya taknak membazir masa.eheh. Buat ape tersadai dalam kelas kalau waktu tu aku boleh tidur kat umah atau layan tgk movie sedikit sebanyak kan atau baca sedikit nota untuk exam yang bakal berlangsung tepat 5 jam lagi. Kadang2 kalau cikgu tak datang tu yang paling bengang, Time tu jugak aku akan mengeluarkan spell2 yang tak patut kepada cikgu2 yang cancel klas last menit.

Sewaktu artikel ini ditulis (sbb aku takleh nak publish internet sangkut), aku dalam proses memonteng. Tapi kalo ada sms bikin cuak bebunyi "lec check attandance" aku kene berlagak seperti seorang anggota bomba yang pantas bertindak.

Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang suka ponteng melainkan kalau terpaksa atau malas sangat. Waktu sekolah aku suka lah ponteng-ponteng. Baru ade thrill wa cakap lu. Ada adengan kejar-kejar dan denda-denda dengan warden. Macam cite Gerak Khas. Nasib takde adengan tembak-tembak je. Aku ponteng class pun sebab aku tak suka tajuk "bagaimana enjin berfungsi" dalam matapelajaran Kehidupan Murni. bukan. Kemahiran hidup. Dan waktu fizik. Waktu ni malas nak cakap lah. Aku bukan anti cikgu tu tapi aku rasa malas sangat nak dengar cikgu membebel. Selebihnya, aku lebih prefer ponteng surau dan perhimpunan.

Khamis, 18 November 2010

Saya se-Yoko Lagi.

picture courtesy of : Hariri Jumain

Amacam. Kacak tak gua dalam gambar? Gua nak mencari populariti sedikit maka gua letak sikit biodata gua. Rasanya gua kene buat account fb. Baru ramai makwe.

Name/nickname : Yoko.

Age : Tidak dapat dipastikan kerana tak mendaftar di pejabat pendaftaran (Mungkin mengalami masalah mendapatkan Mykad nnti)

Nationality : pengikut Namawee . I am a brit*.

School : Home-schooling.

Hobby : Run, play and run and play. And catch.

Friends : Teddy bear and everyone home.

Relationship : Tidak pernah mengorat.

Music influence : wide range - from Oasis to Greenday to Lovemebutch to Paolo Nutini to Coldplay to . . . .

Fav Food :
-- intentionally left blank sbb my aunt have no idea. Bukan dia bela gua pon --

Fav Quote : " So much time, so little to do " - Garfield.

*tipu je. kg asal Melaka bandaraya bersejarah.

Harry Potter vs The Beatles versi Abbey Road.


Sabtu, 13 November 2010

November dan Tarikh Penting.

November. Another year at Hogwarts. Tak sabar sehh. Kalau memang betul ada Sekolah Magic Hogwarts, aku akan belajar betul2 nak masuk sekolah tu. Tapi seriously, rasa macam nak se-umur hidup ni ada filem harry potter. Kene suruh JK Rowling buat episode dimana Voldemort tersilap spell - curse semua warga magician jadi immortal. Macam vampire. Pastu boleh la buat crita yang tak habis-habis.

Nota kaki : Syukran. Syukran. Hari ini lunch dan dinner ditaja khas oleh pihak yang malas nak disebutkan nama mereka.

Sabtu, 6 November 2010

Kakak Aku Pengarah.

Dia bukan boss mana-mana syarikat. Kalau dia boss aku dah lama benti belajar. Kerja dengan dia. Tapi aku selalu panggil dia pengarah. Tak tau la dia bengang ke tak. Sukati dia la. Tapi dia selalu macam ni :

"Adik, tolong ni jap"
"Adik, tolong pegi amik jap"
"Adik, tolong jemur jap.."
"Adik, tolong tengok jap.."
"Adik, bla bla bla"
"ala.. tolong la jap"

Aku mesti "alaaaa..kau ni.." *muka kerut dahi*

Tapi aku takde kisah sangat pun. Kadang2 je aku hangin sbb aku malas. Kalau nak jadikan pepatah, bak air ditikam pedang samurai, buat penat je sebab takkan mati air ditikam. So, kakngah, jom pegi makan-makan?

p/s: bukan restoran bora-bora yer. skarang rse nak meatballsikea. Dengan fries yang sgt banyak dan banyak. simple je kan. emm..

Selasa, 2 November 2010

Not For Anyone-else.

We are different in many ways.
We see world from different windows.
We enter situations from different doors.
What makes me happy doesn't make you smile.
What beautiful to me doesn't always impress you.
What matter to me doesn't worry you .
What important to me doesn't complicate your life.
What is boring to me doesn't make you too.

And I guess this is vice versa.
So, let just think that we are not the same.
Still, I knew I am no way better than you.

Ahad, 31 Oktober 2010

Pagi Ahad.

Topik di pagi hari ahad :

Bestnyer kalau boleh pegi breakfast roti bakar kat old town. Old town white milk tea 3 in 1 pun boleh la.

Mungkin Denise Richard yang retweet tweet aku. Aku ckp mungkin je.Siapa lagi kan. haha. oh yeah! she is damn beautiful.

Kelantan menang piala malysia. Biasa je. Ade gaduh2 lagi?

Kalau asap Gunung Merapi sampai sini, aku rasa malaysian student department kene panggil kitorang balik. Berangan.

Radiology ? Suara lecturer haritu macam angin yang menghembus layu! Aku dengar sepenuh hati dan sepenuh tlinga pun takboleh dengar jugak. Blergh.. Might fail exam this friday. Simpang malaikat 44! Ya Allah, jauhkan. Takmau fail lagi.

Mak aku is a naturally talented cooker atau sbb dia dah banyak experience memasak? Kakak aku pun might be talented. Aku? Tunggu genetic dr mak aku express kat diri sendiri je la.

Aku mungkin yang boleh bekerja under pressure (boleh letak dlm resume). Sebab hanya boleh focus bila esok atau 8jam lagi nak exam. Selamat berjaya kepada diri sendiri!

Aku rasa rindu dengan darling-darling yang jauh dimata dekat dihati. Selalu bagi mesej2 merepek kat inbox fb. Now, no more fb. Datangla melawat aku kawan2! hehe.

Teringat makcik2 aku yang berusia lebih 30 dekad lawan shuffle. Anak-anak ketawa pecah perut.

Yoko! Aunty miss u lar. Jangan nak comel sangat la dlm gambar kan!

Esok Isnin bank dah bukak!. Bismillahhirrahmanirrahimmmm...

Jumaat, 29 Oktober 2010

*thumbs up* Like This.

P Ramlee, Dimanakanku Cari Ganti : Satu Indieprestasi. Kompilasi tribute utk Allahyarham P Ramlee by local acts. Bagi halwa telinga aku, tracklist semua best-best. All bands and vocals have done it in their very own style. Diorang dapat kekalkan influence dan ciri musik mereka sendiri dlm lagu tribute masing-masing and it is not bad at all. Nanti boleh la anda naik kereta bersama mak dan share dengar lagu-lagu ni sume.

Ni antara yang aku suka (sume pun best) . Nak dengar yang lain, cari la link sendiri ye. Youtube je pun. Nnti aku letak banyak2 link kat sini, kang kene claim. Naya je. heheh.

Menche Bujang Lapok - Couple
Maafkan Kami -Altimet
Jangan Tinggal Daku-Seven Collar T-shirt
Getaran Jiwa-Bittersweet
Aci-aci Buka Pintu-Pop Shuvit
Monoloque-Tiada Kata Secantik Bahasa

p/s: tq to uploader kat utube!

Selasa, 26 Oktober 2010

I Like Pleated Pant but I Don't Have Any. And Maybe It Doesn't Suit Me.

I'm kinda like the pleated pant she wearing. Super cool kan. Btw, I love her taste in fashion. Hana Tajima. I love the way she wear her hijab. Cool. If I wear hijab one day, sure will wear it like her. Eheh. Picture taken from her website : http://www.stylecovered.com/2010/09/27/from-paris/

Ahad, 24 Oktober 2010

Another Crap Entry.

Yosh. Banyak gile tak ter-print out notes. Nak nanges tgk folder-folder ni sume. Sabar la eh printer : I need to arrange back my life so Im afraid u need to work harder tonight. Ala.. tak payah nak kerek sangat kan printer. Warna kuning kau pun tak kuar. Ok. enough with monologues.

Baca cerita tadi. Bosan pasal negara dah nak dekat pilihan raya. Bosan sebab mst berita menteri dan orang kenamaan (kononnya) nak pergi melawat rumah orang-orang tua. Eh tak, nak pegi check jalan rosak kat mana. Istilahnya, turun padang. C'mon man. What is so good when u go to certain places to check whether they are alright or what else do they need. It's your job indeed. But not only when the election is around the corner. Please lah.

Oklah. Sebelum ada lagi orang yang konon-pandai-je-aku nak komen, baik aku mengundurkan diri. Dari buat dosa, baik angkat jari baik angkat kaki. Sekian.

Nota kaki : Dengan sukacitanya aku diberi tahu esok kelas petang je. Ho yeah. Lets rock!

Sabtu, 23 Oktober 2010

Saya Se-Yoko.

I am Yoko. Kacak kan? Picture courtesy of Hariri Jumain.

Hai. Nama saya Yoko. Saya seekor seorang se-Yoko. Nama penuh saya Yoko Bean Cobain (kot). Nama saya bukan Si Kelabu (its lame dude!) walaupun badan saya warna kelabu dan putih. Saya sangat hensem lagi kacak. Saya suka makan friskies yang tuna (taknak yang kering). Hobi saya tido. Nama makcik saya Suraya. Dulu dia tak suka saya. Bila saya kejar dia, dia lari. Tapi sekarang, aunty saya dah suka saya. Dia tak takut dengan saya dah. Dia cakap saya sangat comel. Tapi saya rasa saya kacak. Tapi bila saya kejar aunty saya, dia tetap lari. Hari raya haritu, saya balik kampung dedi saya. Naik kereta wooo... Tapi saya takut bunyi kereta dengan motor. Tambah lagi motor mat rempit. Sebab tu la saya tak pernah keluar rumah. Saya rindu aunty suraya saya. Saya tau aunty saya pun rindu saya sebab dia yang taip blog ni. Saya suruh dia taip sebab jari saya pendek.

Selasa, 19 Oktober 2010

Is It my Imaginatiiiooooon.. Oh My! I Love This Much.

AMARAN : untuk manusia normal, dewasa dan keatas sahaja.


Oasis- Cigarette and Alcohol.


Jumaat, 15 Oktober 2010

Kisah Hari-tu Campur Hari-ni.

Hari tu aku main bola. Orang tu langgar aku dengan bahu. Celaka. Sakit! Kat mulut plak tu. Part plg sensitive bagi aku sebab besi dalam mulut ni. Aku biar je. Semangat nak sepak bola dari nak sepak orang tu. Sepak orang tu pun belum tentu dia bergerak. Buang masa. Jadi aku focus kat bola.

Tapi belum sempat aku cari bola, aku rase masin. Aku rasa darah dah mulut aku ni kene langgar. Celaka lagi. Aku biar je sebab nak focus. Tapi sakit sangat. Aku test letak tangan, oh! mmg ade darah.

Aku stop focus kat bola. Aku lemah sikit kalau tengok darah sendiri. Darah orang takpe. Agaknya la. Aku tak give up lagi. Aku main lagi. Tapi tak sampai seminit aku mintak ganti. Lemah semngat. Rasa macam massive hemorrhage. Biasalah, over-react.

Hari ni bibir aku macam Angelina Jolie versi Melayu sebelum buat pembedahan plastik. Macam suntik botox pun ade. Kembang semacam. Tapi rasanya dah surut sikit. Ulcer belambak. Hiperbolanya, nampak terkoyak-koyak. Sakit. Tahan je la. Nak buat macamana lagi. Pakai ubat arbotil tu, meleleh air mata tahan sakit.Air liur pun meleleh sekali. Pengotor! Tapi nasib gigi ade lagi. Syukur, Alhamdulillah.

p/s : dah lama cari kasut mcm military tp bkn military sgt. jumpa dah :)

Im Not Calling You A Liar.

I'm not calling you a liar, just don't lie to me.
I'm not calling you a thief, just don't steal from me.
I'm not calling you a ghost, just stop haunting me.
And I love you so much, I'm gonna let you kill me.

There's a ghost in my lungs and it sighs in my sleep.
Wraps itself around my tongue as it softly speaks.
Then it walks, then it walks with my legs.
To fall. To fall.
To fall at your feet.

There but for the grace of God go I.
And when you kiss me, I am happy enough to die.

I'm not calling you a liar, just don't lie to me.
And I love you so much, I'm gonna let you.
I'm not calling you a thief, just don't.
And I love you so much, I'm gonna let you.
I'm not calling you a ghost, just stop.

There's a ghost in my mouth and it talks in my sleep.
Wraps itself around my tongue as it softly speaks.
Then it walks, then it walks, then it walks with my legs.
to fall. to fall. to fall. to fall. to fall. to fall. to fall. to fall. to fall. to fall.
To fall. To fall at your feet.

There but for the grace of God go I.
And when you kiss me, I am happy enough to die.

by : Florence and the Machine

Selasa, 5 Oktober 2010

Kisah Hari-hari.

Sekarang aku tengah download real player. Real player aku dah tak boleh nak nak download video. Sape tau kenapa? Aku dah google tapi tak jumpa cari solusi. Tapi aku dah biasa. Bile ade masalah, aku tak trobleshoot dah. Trus remove pastu download balik. Free kan. Bak kata orang, rezeki jangan ditolak. Masalahnya sekarang ni, estimated time dia tertera 1 day left. Hotak dia. Lama gile.

Tapi pelik kan. Bile esok nak exam, time ni la aku rasa kene download2 sekarang. Penting. Kalo tak buat, rasa macam puasa tapi tak bukak puasa lagi. Tak lengkap hidup. Tak boleh tunggu. Buku boleh tunggu.

Khamis, 30 September 2010

Today #2.

To end the day, 0-3. Last time, we lost 0-7.
Improvement? Bolehlaa.. Teammates, they are great. Me? Always a big time loser.

And at the end the day, a msg :
"...for those who absent at patient's safety class today, write your letter with reasons why you not attend to class to Dr. Eko. He having attend list. All of you have to meet Dr. Eko at Monday...."

Great! Today has been great, rite?

Today #1.

It is hard to start the day.
When there are thick cloud inside my head.
When there so much you inside my heart.
I am sorry I miss you.
If only u could understand...

Sabtu, 25 September 2010

Ada Lagi.

Mahu berjalan di jalan yang lurus. Takde kiri . Takde kanan.
Tapi kadang-kadang terbelok sendiri.
Kadang terjatuh lubang.
Kadang rasa mahu merentas masa.
Boleh kah merentas masa ke hadapan. Takkan boleh.

Tapi masih ada pelangi kah di hujung jalan?

Rabu, 22 September 2010

Soluble.

Aku sedang ber-magic dengan panadol soluble. Air jadi buih-buih.
Demam ni. Sebab tu aku buat magic.

Kalau boleh aku nak jauh-jauh. Tapi jauh mana. Kan kalau lagi ni. Ape kata aku larut mcm panadol soluble je. Senang.

Kalau anda demam selesema, try-lah panadol soluble. Macam air sprite.

Selasa, 14 September 2010

Sabarlah Wahai Aku.

Ok. Kene sedar. Kene tau. Kene selamatkan diri sendiri.
Sebab aku vvs 1. Kan? Agaknya lah.

Kalau memory dalam otak boleh delete-delete kan senang. Ah. Asik-asik kalau.
Bila boleh hidup nih? Sesak nafas macam ni, sakit hati macam ni, satu ape pun tak jalan. Bila boleh jadi aku? Bila boleh jumpa aku lagi? Bila boleh aku macam dulu? Macam dulu. Macam sebelum aku lalu sebelah neraka. Bila boleh aku sampai depan syurga?

Aku sedar. Ini hakikat. Hakikatnya memang susah.
Kene lalui setiap detik, saat, dan setiap jam. Dengan sabar.

Doakan aku sabar. Supaya aku tak gila nanti.

Khamis, 9 September 2010

Seloka Hari Raya ?

I really wanna turn back time and fix things. Tapi,


" if u fix yourself, then who will fix others? "

haaiishh! btw,

Salam Aidilfitri. Mintak maaf atas salah silap.

Jumaat, 27 Ogos 2010

Oh.

Looking in front. So dark to see. So hard to breath.

I can't see. I can't breath.
I should save myself.
But I'm too weak.

Khamis, 8 Julai 2010

This is Not a Goodbye Post.

To those who being hurt by me, I am sorry.

It is hard to act like it does not matter.
It is hard to pretend that I am okay nowadays.
I'm becoming more transparent and I hate being that way.

Anyway, I will die sooner or later. So you can hate me and forgive me.

Rabu, 7 Julai 2010

Tak larat . Tak larat. Tak larat! Sakit kaki. Bola tak dapat. Tendang tak kuat. Kene rajin practice. Tapi sure la balik cuti ni keje aku makan tido.

Futsal lagi hari ni. Best. Lawan team lelaki hari ni dan dah tau banyak perkara. Cuma tak reti nak apply. haha. Practice dengan team kampus dah sebulan tak pegi. Jangan coach lupa aku dah la. Amir cakap aku poyo sebab main futsal. Dia cakap aku nak jadi macam gol dan gincu. Aku tak nak jadi gol dengan gincu sebab aku tak lawa macam Fazura. Aku nak jadi macam messi. Cute. hoho. Bukan poser ok. Dah memang best main futsal. Lagipun aku memang tak reti main sport lain. Penakut katakan. Khayal je rasa bila main. Pastu balik mandi tido. Pastu exam esok ni aku jangan nak fail okeh!.

Aku Kata. Kau Kena Percaya,

Biarkan. Biarkan. Biarkan.

Biarkan hujan. Biarkan ribut. Biarkan kabut.
Semoga ada pelangi di hujung jalan.

Ahad, 4 Julai 2010

If I Have Superpower. #2.

I will make everything back to normal. Like before the thunder.

I hope we do well like before. Better than before. Can we?

If I Have Superpower.

I love both of you. I just don't know what to do.

If I have super power, I want to make everyone happy.
I want to make everything easy.

Khamis, 1 Julai 2010

I was Born on 1st of July 1988. This is how I Feel Today.

Hari ni 1 july. Seperti biasa. Hari demi hari, aku makin tua juga. Cuma mungkin istimewa sikit agaknya rasa di hari rasmi macam ni. Ye lah. Hari rasmi keluar dari uterus mak aku. Menangis pertama kali. Mandi pertama kali. Minum pertama kali. Semua pertama. Tapi tu semua 22 tahun dulu. Istimewa juga rasa bila wall kat fb penuh ucapan hari lahir. Baru macam tersedar, oh ramai jugak kawan yang sudi nak ucap selamat. Terima kasih kepada kawan-kawan! Love u all. Terima kasih jugak kepada fb sebab tampal birth-date aku dekat home semua kawan. Sms dan phone calls juga buat rasa aku sedar diri yang dah lama rupanya aku hidup. Patutla macam penat semacam. dah dua dekat. Rasa lagi best bila kita pegi klas kawan-kawan peluk dan ckp hepi besday! Rasa diri sendiri wujud dalam kehidupan ni.

Argh! Berat rasanya nak mengaku umur dah meningkat. Entah kenapa. Mungkin sebab umur makin banyak, tapi perangai lebih kurang. Umur makin banyak, tapi pahala makin kurang. Ilmu dalam kepala pun tak berganda. Ape pun masih banyak yang belum dicapai selama 22 tahun hidup. Rasa macam ruginya masa-masa yang dibazirkan dulu. Ape aku buat dan ape aku dapat masih belum tentu arah. Rasa kecewa tapi takpe lah. Semoga umur aku panjang.

Ok. Dah la merepek. Sangat terima kasih kawan2 yang buat birthday surprise hari tu. Memang aku malu kalau buat birthday party aku tapi aku buat2 tak tau je. Sebab perasan macam centre of attention. Kehkehkeh. (tahun lepas lagi malu kot sbb ramai)

Jumaat, 25 Jun 2010

Wedding Days.

Dah lama tak post entri. Nak cakap busy, memang la. Tapi takde la macam ceo ke pm ke ape. Cuma malas. Okla. Kali ni nak post sal kawen. Tapi bukan aku pun kawen. Penat doww wat kenduri kawin. Tapi best ! And ni first time aku renjis renjis dipilis pengantin betul-betul. Bersama ini aku lampirkan sekali sedikit gambar-gambar.

solemnization

kawen dah la kan kira

newly wed

officially 7

bagai buah pinang.kui3

tumpang sekaki

1st time gua merenjis kot ni.haha

penat gua buat mende alah ni

raja sehari sahaja

king and queen

tangkap gambar

flower boy and girl

main kawin kawin

Senang pulak nak upload gambar neh. Internet malam ni macam berarus deras. Kalau nak tgk gambar cantik, leh la tgk skit2 kat sini : http://blog.mukhrizlatif.net/hafeez-nazri-amira-alim-suria-cherating-beach-resort dan http://blog.mukhrizlatif.net/amira-alim-hafeez-nazri-kelana-jaya

Rabu, 2 Jun 2010

Entri Khas.



Kehadapan abang : Tak sangka. U'll be a married man, dude! Tak sangka ko dah nak kawen walaupun ko sangat annoying bila sambil makan, ko bleh plak nak baca paper walaupun tengah makan ramai-ramai. Walaupun Amir cakap ko buat lawak ntah ape-ape, aku tetap rase macam lawak. Ko juga sangat annoying bila suka ketuk pintu bilik orang dan kacau orang tidur. Eventhough u annoy peoples, i think u should know that you are one of lucky creature on earth. Even though this post have a lot of 'walaupun' and eventhough, I wanna say congratulations!! I am happy for you and Kak Mira. May live happily ever after. I love you more than how much you annoys me. And thanks to you cause now I have an acceptable reason to skip a week of class. Ho yeah!

Isnin, 31 Mei 2010

Celaka-lah kau israel Jahanam.

Manusia besi tiada hati. Pergi jahanam.

Semoga selamat semua saudaraku. Amin.

Jumaat, 21 Mei 2010

Pemalas Sentiasa Banyak Alasan.

Sneakers aku tak basuh lagi. OMG. Macamana aku nak masuk realiti show "menantu idaman" ni. Tapi sebenarnya dah basuh. Satu basuh dengan air hujan satu lagi dengan air sungai.

p/s : Aku harap, secret admire aku tak baca la post ni. Kalau ade secre admire la.huahua.

Isnin, 17 Mei 2010

This is Boring and Lame.

I never write down my wishlist before. Not even in my diary (if I still have it). I just save it in low space memory of my brain. Maybe it is my brilliant step to not to feel depress for not getting what I wanted. But then I realized that I should write it down so I don't waste money on other things and start spend for what I really want. These are things that I wanna buy with my own money (I hope I have much money) :

1. Nikon SLR. Note to abang : U can sell yours to me if U want. Separuh harga la. Eheh.

1. Guittar . Or should I just stole Amir's?.

1. Supra TK shoe.

1. Handphone. I mean any smartphone.

1. Bag pack. So I can bring everything everywhere. (Ni macam tak payah letak kat sini je)

1. i-pod Nano. I'm dont give a damn about this if my mp3 not broken.

Note : There's no typing error. I intendedly write #1 for all those items because I am confuse which one I want first.

Fuh..Fuh! Tiup Habuuk.

Lame tak bukak blog kot. Heheh. Malas. Ni pun malas jugak tapi bosan. So I end up here. OK. This is really a pointless post. Thanks for reading anyway (if any).

Ahad, 4 April 2010

Takkan ku Menyerah Kalah. Walau Mimpiku Musnah, Harapanku Hancur, Sayapku Patah.


PELITA
lyric and song : LoQue
by : A.P.I - Noh Hujan,Lan Typewritter,Din Homatov Estranged,Imran OBS,AJ Pop Shuvit dan loQue MonoloQue/ Butterfingers.

Sabtu, 27 Mac 2010

Masa itu Emas, Emas itu sukar dicari.

Perkara-perkara yang aku nak buat tapi tak buat-buat :

1- Tampal gigi. Gigi berlobang kene tampal balik sebab tampalan dia tercabut.
Alasan tak buat: Member ajak keluar dan aku takde masa nak pegi dentist dan bangun lambat.

2- Edit dan print notes forensic selama 4 minggu.
Alasan tak buat: Aku geli sial tengok orang mati bunuh diri ke kene bunuh ke. Kenapa kene blaja forensic! Aku tak nak jadi CSI la.

3- Lap kipas berhabuk gile.
Alasan tak buat: Nanti kena allergic reaction.

4- Basuh sneaker yang berzaman tak basuh.
Alasan tak buat: Sneakers tak basuh br rock n roll. Tapi sneaker aku ada kertas melekat! jadi tak rock n roll. So kene basuh.

5- Habiskan tengok dua lagi episodes Life is Unexpected dan Gossip Girl.
Alasan tak buat: Kene reply komen kat fesbuk. Takde masa.

6- Update phone. Bukan bermaksud beli phone plg canggih tapi masukkan sikit lagu yang best sebab dalam phone aku sekarang ade satu je lagu dan 2 keping gambar je. Lagu tu pun sebab aku nak buat ringtone dan alarm.
Alasan tak buat: Phone call dr peminat yang ramai. jadi tak sempat.

Aku harap aku sempat la buat. Alasan sebenarnya ialah malas. Time is gold-fish!

Jumaat, 19 Mac 2010

It is not really a good thing wearing braces. Especially when you cannot finish even half bowl of maggie mee.


Khamis, 18 Mac 2010

Cat. Bukan cat.

Aku tak peduli (eh ni bukan copy blog femes tu tapi aku memang tak peduli sebab aku nak cakap jugak). Nak peduli hape kan. Orang puteh cakap curiosity kills the cat. Orang puteh cakap lagi, copycat. Dua cakap orang puteh ini tidak berkaitan hanya persamaan menggunakan perkataan cat. Dalam kulit kerang-nya disini, aku tidak dapat mencari kesimpulan.

Dan jangan bela kucing jika anda asma. Kan aku dah cakap bukan cat. Tapi cat.

Rabu, 17 Mac 2010

Kalau Kau Faham Aku Ucapkan Tahniah.

Kalaulah ada yang faham maksud perkataan aku kan lebih mudah untuk aku. Seperti memahami jasad itu terdiri dari atom. Bila atom-atom itu bebas, takkan ada yang dapat melihat. Kecuali merasakan.

Sabtu, 13 Mac 2010

Milo 3 in 1.

Seronoknya dah 3 minggu aku tiada kelas di hari Jumaat. Jangan jeles sebab memang dalam jadual aku tidak tertulis kuliah pukul berapa. Yang tertulis cuma 'pelaksanaan tugas akhir'. Damn. Aku belum start buat eksperimen lagi. Malas! Semalam Jumaat. Aku bangun agak awal. Macam ada kelas la pukul 8. Breakfast air milo dan biskut marie. Tak sampai sejam, aku rasa mengantuk gila. kemudian aku tidur. Lepas lunch pun aku tertido. Aku rasa milo tu ade ubat tido. Serbuk koko + susu + diazepam = milo 3 in 1. Ok. Gurau je. Takde ubat tidur dalam tu ok. Kene saman aku mampos.

Jumaat, 5 Mac 2010

Saya Mau Supra TK!

Tengok sneakers lama aku, buruk dan lama tak basuh. Rindu pulak rasa nak pakai.Tapi sebelum aku tua dan tak larat angkat kaki, aku nak pakai kasut - kasut macam bawah ni. Smart la. Kan!. Mula-mula tengok kasut macam ni ingat tak larat dah nak angkat kaki and tak best. Tapi tgk diorang pakai macam cun gila kaki kau. Cool. I admire!

Supra TK women
Women's Nike 6.0 Dunk Hi
Women's Nike Dunk Hi Undefeated


ni soldier boots . cool kan!

Ok dah. Nanti orang ingat blog ni jual kasut pulak. By the way, series Life is Unexpected best !