Sabtu, 31 Oktober 2009

Inilah Bakso!

Memandangkan aku begitu malas belajar pada hari ini (sebenarnya aku rajin tapi biasalah banyak betul setan2 sekeliling menghasut untuk terus bermain2), aku post la sesuatu kat sini. Walaupun aku dah duk lama kat sini, tapi inilah pinggan pertama bakso(merujuk kepada gambar diatas) yang aku makan (dah lama pun aku makan.2 minggu lepas kot). Dibeli di kedai bakso baru (sebenarnya bukan baru tapi di-renovate) kat kampus. Bagi anda yang tak tau apa itu bakso atau tak penah dengar pun, bakso bukan sejenis senjata. Lagipun aku dah cakap aku makan. Mestilah sejenis makanan. Makanan indonesia yang ade sup, fishball, tauhu mee etc etc. Sebenarnya belambak gerai bakso boleh dijumpai di tepi2 jalan tapi biasalah, kita mesti pilih gerai label A atau B. Tapi kat sini jangan harap la nak jumpa label2 sedemikian. Aku pun tak tau kenapa aku harus bercerita mengenai bakso disini. Mungkin aku cuba menukar gelombang malas kepada rajin melalui cerita bakso - bodoh gila ayat aku ni. Ok. Sampai sini sahaja cerita "inilah bakso". Jangan lupa vote untuk Free Love ( best breakthrough act + best song), twkua dan hero2 music yang lain eh! kat sini - http://sites.junkonline.net/junksounds/

Rabu, 28 Oktober 2009

Maisie Darcy vs Selena Gomez. Entri Khas.

Mimie Momoe aka Maisie Darcy (boleh click jgn takut) made my day. After read her blog :) And this post is a reply toward her post on WEDNESDAY, OCTOBER 28, 2009 - Entri khas Untuk suraya Nazri.

Walaupun agak malu nak mengaku, sebenarnya, aku suka Selena Gomez walaupun aku tak penah dengar lagu dia kecuali tengok filem dia. Tu pun satu filem je la. Dia sangat cute lebih dari Maisie Darcy. Kwang3. Walaupun dia budak Disney, tapi takpelah. Disney pun Disney la kan.

Untuk Mimie Momoe, tgk gambar ni. Buat la rambut macam ni. Warna pun macam ni. Sangat chantek tertarik! Aku sayang nak potong rambut jadi pendek.

Source :myspace. Kalo tak nampak, pegi check myspace dia. muahaha

Isnin, 19 Oktober 2009

U-Turn.

Kita selalu boleh u-turn kalau kita salah jalan. Tapi tak semua hukum berlaku kat semua tempat dan keadaan kan? Aku dah tak boleh buat pusingan U. Cuma boleh berdoa dan berharap agar takde jalan mati kat depan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

WTH.

Tell me how to remember this :
Class hexapoda (insects), including all the orders (diptera, anoplura, orthoptera, heteroptera, siphonaptera, hyamenoptera, coleoptera, lepidoptera) and their suborders. Ok. Dont left behind to put on memory box how many wings, legs, how their mouth, body look like and diseases they spread. Tell me.

I gave up. Mengarut.
Tidur lagi selamat.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Magic Under Construction!

Bila la aku nak ade duit banyak ni. Bila aku ade duit banyak, aku dah taknak pegi Disneyland. Aku nak pegi THE WIZARDING WORLD OF HARRY POTTER ! (click la) .

Gile nak pegi tempat ni. Tak dapat sekolah kat Hogwarts, tapi dapat pegi theme park dia pun leh la . Will be open maybe on Spring 2010, at Orlando, Florida. There are Hogwart Castle, Zonko's , Honeyduke, Hogsmeade etc. Lads, I wanna go to Hogwarts. Give me thousands of Galleons or Sickles so I can go there !

Early concept-Three Broomsticks

Early concept - The Olivander's

Early concept- The Owlery

Entrance- magic at work.

Damn it. Hogsmeade comes into real.

Siapa nak membantu, bolehla hulurkan sumbangan anda dalam bentuk wang tunai dan masukkan ke akaun yang akan diberitahu kemudian hari. Sekian terima kasih.

Ahad, 4 Oktober 2009

Drama Antarabangsa.

Memang drama sangat atau sinetron la. Memang tak habis lagi. Kawan-kawan bagitau 8hb ni hari official mereka ganyang Malaysia (sila click). WTH! Aku tak suka nak kutuk mereka-anda tau kot siapa mereka- (sesetengah yang extreme) sebab siapa aku nak kutuk-kutuk tapi aku tetap nak tulis pendapat aku. Tolong la hentikan benda-benda mengarut mereka tu. Nak ganyang orang, bakar bendera negara orang, nak sweep orang la bagai. Nak istihar perang? Tak fikir ke kesan perang? Tak belajar dari sejarah? Kita nak maju ke depan bukan mundur ke belakang.

Daripada nak ganyang orang, baik fikir cara nak tolong mangsa gempa. Baik fikir macam mana nak bantu naik taraf penduduk kau yang kat tepi kaki lima tu. Baik kau fikir masa depan budak-budak negara kau tepi kaki lima yang tak pegi sekolah tapi lari-lari mintak duit kat orang. Baik kau fikir cara membantu orang susah yang tengah jalan jual kacang untuk cari duit lebih. Baik fikir cara berkesan hentikan korupsi (negara aku pun kene fikir ok). Baik kau fikir macamana nak buat kempen "hentikan meludah merata-rata". Baik kau fikir macamana nak atasi pencemaran udara dan air negara kau. Baik kau fikir..

Hal mencuri budaya ape yang kau nak hebahkan sangat? Bangga sangat bila batik kau di iktiraf? Batik negara aku lagi cantik kot. Hal maid kene pukul kau heboh? Hal orang kau merompak menyamun kat negara orang kau tak heboh? Betul la bila ada orang cakap, bila semangat Kenegaraan lebih penting dari semangat Islamisme. Kita nak jadi ape? Sedang orang lain ketawa melihat drama antarabangsa kita. Ok. Sampai sini sahaja. Aku mintak ampun kalau ade yang terasa. Seperti yang tertulis di atas, aku hanya tidak setuju dengan / mengutuk puak pelampau sahaja. Sekian.

Khamis, 1 Oktober 2009

Cerita Saintifik.

Syawal belum habis tapi kepala dah semak. Aku ni memang langsung tak berjiwa saintis kot. Jadi bila aku kene buat tugas akhir atau mcm thesis tu, aku merasakan tekanan yang amat. Sebab aku tak berjiwa saintis.

Nak cari tajuk je aku rasa semak semacam. Nak kene buat eksperimen, laporan la bagai. Tapi aku paling tak suka masuk lab atau nama panjangnya laboratorium. Zaman sekolah aku paling benci masuk lab walaupun lab kat sekolah aku tu nampak macam bersih dan canggih. Antara sebab kenapa aku tak suka masuk lab yang pertama mestilah sebab kerusi dia yang sakit tulang blakang kalau duduk lama pastu tak boleh nak sandar pulak kalau nak tidur. Sebab kedua, aku benci bila kene buat lab report dan kene hantar esoknya jugak. Ketiga, mesti la sebab eksperimen tak jadi lepas tu kene buat lagi.Masuk lab bagi aku satu tekanan. Sebab tu la aku tak suka masuk kelas yang buat dalam lab.

Berbalik mengenai tugas akhir, aku ada cakap, aku taknak buat eksperimen lipas sebab aku geli sangat. Tapi ada orang cakap, dia rela makan lipas dari buat tugas akhir ni.

Aku dah submit tajuk tugak akhir aku. Bakal di-reject? Ah! Aku semak.