Sabtu, 29 Ogos 2009

Hey ho, I love U.

Hey ho, i love u. Malaysia.
Sebagai warganegara, aku kene la cakap macam tu kan. Walaupun aku slalu teringin nak jadi warga London. Sebenarnya ape aku nak tulis kat ruangan maya ni sekadar suka-suka sambil menunggu nota aku dicetak printer (oh aku sepatutnya print semalam).

Umi aku seorang pekerja di balai polis walaupun dia tidak menangkap penjahat. Dia cakap kat balai tu bukan motor mat rempit je belambak. Buah kelapa pun penuh. Dia cakap zaman sekarang ni buah kelapa pun orang nak curi. Selain buah kelapa, buah kelapa sawit pun nak curi. Kayu pun nak curi jugak. Oh. Ak terkejut. Ingatkan besi buruk je orang curi. Kelapa pun orang berminat jugak. Merdeka ke macamtu? Ya. Itu Merdeka. Kita semakin maju dan membangun sehingga susah nak cari pokok kelapa dan buah kelapa halal sampai kena curi orang punya.

Sekarang, ramai orang cakap, minda warga kita banyak telah dijajah. Kalau dengar lagu dari barat, minda kita dijajah ke? Kalau lagu bukan dari barat itu langsung tak menusuk jiwa raga dan menyenangkan telinga, buat ape kita dengar? Merdeka ke macamtu? Bagi aku, itu merdeka. Kita kene bebas untuk dengar lagu ape kita nak dengar.

Aku dapat sms yang suruh bayar yuran untuk sambut malam merdeka.Tarikh akhir, Isnin. Merdeka-kah?

Jumaat, 28 Ogos 2009

Game Siput Sedut yang Bukan Aku je Kene Buat.

Tajuk di atas berunsur plagiarism.

1. Bekas kekasih saya adalah :
bekas Tupperware

2. Saya sedang mendengar :
Molekul dan atom yang entah dimana menghasilkan gelombang bunyi: Comforting Sound-Mew. Oh ya. Ada suara mengaji dari masjid berdekatan.

3. Mungkin saya patut:
Ber-mesyuarat dengan Albert Einstein. Mesin Masa. Susah sgt kah?

4. Saya suka :
Musika buat jiwa raga.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Mereka yang ikhlas memahami. Dan mereka yang mengenali walau mereka kurang memahami.

6.Saya tak paham :
Kenapa dia mesti bersikap sebegitu. Pelik.

7.Saya kehilangan :
Saat dan minit. Sekarang juga masih begitu. Ada sesiapa boleh bantu?

8.Ramai yang berkata :
"Sekarang ni panas la" sambil hisap rokok. Anda faham global warming tak? Saya tidak.

9.Makna nama saya :
Cahaya Kebahagiaan Suraya.

10.Cinta itu adalah :
Bila anda tak tau anda sedang sakit tenat. Bila anda jatuh, memang rasa sakit.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Membaiki kereta kebal. Takut mati.

12.Saya akan cuba :
Untuk tidak berhenti mencuba.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Tanya cikgu bahasa melayu anda untuk penjelasan mendalam.

14.Telefon bimbit saya :
Teknologi komunikasi berguna merangkap perosak.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
"Aku taknak bangun dah.Sampai noktah."

16.Saya paling meluat :
Sikap hipokrit yang konkrit.

17.Pesta/Parti adalah :
Kenduri.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Panda tak berbaju - Kung-fu Panda.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Ah. Saya semakin ketinggalan.

20.Hari ini :
"Aku teringat kau walaupun aku benci sangat dengan kau."

21.Malam ini saya akan :
Ok. Serius ni. Print nota!

22.Esok pula saya akan :
Menyesal.

23.Saya betul-betul inginkan :
Permintaan saya dikabulkan.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Tak nampak macam Emma Watson langsung!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah dengan beg tangan tersembunyi duit banyak berdolar-dolar.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Dasar pandang ke Timur dan menghadap ke Barat.

27.Bilik yang terang atau gelap:
Nak ke anda hidup dalam kegelapan? Tapi saya pilih gelap.

28.Makanan segera adalah :
Cepat siap tak sedap.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Mengucap. Mengucap.

30.Siapa yang anda nak Tag?
Para bloggers, pencinta alam, pecinta haiwan, dan ya anda. Anda la yang bijak mentafsir huruf-huruf ini.

Ahad, 23 Ogos 2009

No Title.

MTV Worldstage 15hb hrtu. Banyak poser. Tp All American
Reject dan Kasabian enak seperti tea o ais. Raygun juga.

Selasa, 11 Ogos 2009

Budak Punk.

Budak Punk : Punk is a way of life man.. Punk is not just music and fashion.
Punk is life!

Pendengar Punk Biasa : Hotak kau.

Isnin, 10 Ogos 2009

Juliette Berhenti Keje Part Time?

Rasa macam harus bersara. Pencen.