Khamis, 9 Julai 2009

Surat Berwawasan.

Holiday tu sama la jugak dengan Heaven kalau korang tanya aku. Sebab tak payah semak2 kepala otak la beb! Ok. haritu hari jadi aku. Jangan berhenti baca ok. Sebab aku bukan nak cakap pasal hari jadi aku pun sebab semua orang pun ada hari jadi. Cuma ada kaitan sikit2.

Seperti biasa aku akan check box surat aku kat yahoo. Aku dapat surat electronic daripada satu nama pelik. Aku dah berdebar-debar ni. Macam dapat surat dari Ronald Weasly. Tapi bukan. Nama dia macam ala ala berwawasan. eBelia. Aku agak ni kerajaan kot. Then, confirm . Goverment nyer surat. Ape neh? Kepala otak aku fikir, ni mesti nak mintak aku bayar pinjaman pengajian? Nak suruh aku mengundi? Nak hantar aku wakil olimpik? Nak bagi aku anugerah Hang Tuah? Nak tarik kewarganegaraan aku? (Time ni aku teringat lagu 'Die for Your Government'-Anti-Flag) Gile ah. Tajuk email : Selamat Hari Lahir. Cett. Macamana diorang boleh tau besday aku bila? So aku bukak.

Salam Sejahtera,

'SELAMAT HARI LAHIR' saya ucapkan kepada anda. Semoga anda sentiasa sejahtera dan bertambah ceria. Negara amat berbangga mempunyai warga belia seperti anda. Marilah kita tingkatkan semangat kesukarelaan dan menjayakan Kempen Generasi Bebas Jenayah. Sekali lagi saya ucapkan Tahniah dan SELAMAT HARI LAHIR.

Salam Mesra,
"ok. Aku malas nak copy sape ni"

Fuyyooohhh! korang baca betul2 tak? Negara berbangga seyh ada warga belia macam aku. Tak pernah aku dapat surat besday yang berwawasan macam ni. Tapi kegembiraan aku sekejap je. Ade udang disebalik batu. Ceh. Malas nak sambung. Sambung part 2 la eh. Aku tengah busy nak tanya betul2 customer service visa megajackport ape ntah neh- diorang cakap aku menang beb! Nak tanya betol ke? pastu nak cakap- jangan kau nak tipu aku. Aku takkan terpedaya dengan pound sterling 500 000!

5 ulasan:

tembun berkata...

ala cita lah kasi habis
plzzz
menarik cerita tuh

Faizal.Punye. berkata...

hmm..sejak bler la plak kerajaan rajin bg bday wishes kt rakyat???huhuu


tolong sambung ye....nk tgk ape jadik lepaih tu...

SURAYA berkata...

tade la menarik sgt pun cte ni. pecaya la. sje je nak smbung part 2 kasi suspen.hehehe

sejak Pm br ni, diorg rjn la kasi surat berwawasan ni kot..

vee berkata...

patut la kvee tsedak aritu rupanya ada org sebut nama bf saya.. :D

SURAYA berkata...

kak vee..
lorhh.. ye ke.. sian dia.
tade pun sebut nma alxender zulkarnain.hahahah
ron weasly ye? hahahhaa