Selasa, 16 Jun 2009

Jam Dinding Pembelot.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.05. Warna langit kat luar gelap. Jadi mestila pukul 8.05 malam kan. Sambil minum nescafe yang suam, aku bukak web The Star. Dah lama tak reading news. Lepas tu, aku bukak web Berita Harian. Dah lama tak baca berita. Alasan, berita sama. Kalau tak perang, mestilah berita si Obama. Kalau tak, mesti berita 'erra fazira jadi emak'. Padahal kalau dah malas, jangan la banyak alasan, kan.

Aku lihat jam dinding lagi. Pukul 8.30. Langit kat luar masih gelap. Jadi, mestila pukul 8.30 malam kan. Aku buka web Google pulak. Aku taip sesuatu diruangan search box. Aku bukak tab baru. Aku taip youtube.com. Inilah kerja aku sejak semalam. Tak habis-habis menimba ilmu.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.30. Tak perlu tgk kat luar. Masih malam. Bukak tab baru lagi. Jaringan sosial penuh manusia dan gaya, Facebook. Boring. Aku bukak RealPlayer aku. Tengok video yang penah aku download.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.30. Dalam hati aku "oh. takdela lame sangat aku depan laptop ni". Eh, sekejap. Gila. Masa bergerak lambat malam ni. Best-nye!!! Eh.Sekejap. Sekejap. Kenapa jam laptop pukul 11:11 pm? Oh crap! Jam dinding mati!!

Lagi sekali, tak sempat. Mata layu. Masa tidur. Benci ah kau jam dinding. Belot dengan aku.

4 ulasan:

tembun berkata...

hahahhhaa
dik
dah boleh beli bateri dik
;p

SURAYA berkata...

hehehe.. okeh!

hanis nadira berkata...

dahla dik..
xyah berlakon..
kngah tau ko mmg saje xtgk jam laptop kan..
hee...
ko mmg tngu masa utk bmimpi jek..;p

p/s:siapa pembelot sebenar???

SURAYA berkata...

cess.. ak mmg semangat berkobar2 tanak bazir masa... hahahha

pembelot sbena siapa? ntah ler..