Jumaat, 26 Jun 2009

Now Playing.

Aku tak berapa tau pasal kisah hantu kat bumi Jawa ni apetah lagi berapa banyak hantu atau jenis2 hantu yang ada. Serius aku tak tau. Tapi filem hantu memang banyak gila ah kat sini. Tadi aku check website cinema. Aku tengok senarai filem "now playing" , memang rasa nak senyum sorang-sorang (senyum je la kan.bukan orang nampak pun). Bukan ape, cuma banyak sangat filem hantu. Macam-macam cerita hantu ade. Antaranya: Di Kejar Setan, Susuk Pocong, Pocong Kamar Sebelah, Sumpah (Ini) Pocong, The Real Pocong, Kuntilanak Kamar Mayat, dan yang dalam senarai "coming soon" The Maling Kuburans. Gila lah. Mesti banyak gila pocong kat Indon. Takut!

Ok. Yang pasti, aku memang tak nak tengok cerita hantu dan aku takkan tengok cerita hantu. Apatah lagi tengok secara berbayar kat cinema. Bukan takut cuma membazir je kan. Ok. Tipu. Penakut sebenarnya. eheh. Cuma boleh tengok title je.

Tak sabar nak tunggu semua habis paper!
Pastu jom transform jadi Optimus Prime!

Khamis, 18 Jun 2009

Review.

Review 1
Aku ada keje ni. Review. Tapi boring la keje review aku. Review dan hafal bahagian badan. Macam tadika dulu-dulu, blaja 'part of body'. Tapi kali ni macam versi 18PL. Gile ah. Jadi aku break la sejap.

Review 2
Album the killers aku download haritu memang kill aku lah. Tak berapa nak best. Skit je lagu best. Tapi macam biasa, frontman dia masih hensem. Dua album bawah ni boleh tahan! Best.

21st Century Breakdown (Green Day) . New Again (Taking Back Sunday).

Selasa, 16 Jun 2009

Jam Dinding Pembelot.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.05. Warna langit kat luar gelap. Jadi mestila pukul 8.05 malam kan. Sambil minum nescafe yang suam, aku bukak web The Star. Dah lama tak reading news. Lepas tu, aku bukak web Berita Harian. Dah lama tak baca berita. Alasan, berita sama. Kalau tak perang, mestilah berita si Obama. Kalau tak, mesti berita 'erra fazira jadi emak'. Padahal kalau dah malas, jangan la banyak alasan, kan.

Aku lihat jam dinding lagi. Pukul 8.30. Langit kat luar masih gelap. Jadi, mestila pukul 8.30 malam kan. Aku buka web Google pulak. Aku taip sesuatu diruangan search box. Aku bukak tab baru. Aku taip youtube.com. Inilah kerja aku sejak semalam. Tak habis-habis menimba ilmu.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.30. Tak perlu tgk kat luar. Masih malam. Bukak tab baru lagi. Jaringan sosial penuh manusia dan gaya, Facebook. Boring. Aku bukak RealPlayer aku. Tengok video yang penah aku download.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.30. Dalam hati aku "oh. takdela lame sangat aku depan laptop ni". Eh, sekejap. Gila. Masa bergerak lambat malam ni. Best-nye!!! Eh.Sekejap. Sekejap. Kenapa jam laptop pukul 11:11 pm? Oh crap! Jam dinding mati!!

Lagi sekali, tak sempat. Mata layu. Masa tidur. Benci ah kau jam dinding. Belot dengan aku.

Isnin, 15 Jun 2009

I Heard You Found a Wishing Well. In the City. Console Me in My Darkest Hour. And You Throw Me Down.

I finally have all The Killers songs of 'Day and Age' album. Even a bit ketinggalan zaman (already listened Human around July last year!). One thing for sure, its originally downloaded. muahaha. Hey, at least there still something we can get without money in this 21st century.. but still have to pay for internet connection :(

Track list: Losing Touch, Human, Spaceman, Joyride, A Dustland Fairytale, This is Your Life, I Can't Stay, Neon Tiger, The World We Live In, Good Night Travel Well, A Crippling Blow.

July and Half Bloody June.

I am waiting for July to come. Normally. I hope neither fast moving time nor slow moving time. Normal. Normal. Normal.

But Im abnormal for this. Wanna register my new semester at Hogwarts School this July. keh3.UK and Us registration date : July 15.
Mala
ysia registration date : July 16, 2009.
Harry Potter and The Half-Blood Prince.

Oh July, faster!

Sempat la tgk kat umah since I on my semester break.yeyyy.. Kalau tunggu cinema Indon ni confirm lambat..

Ahad, 7 Jun 2009

Kalau Aku Sessi Satu.

Kalau aku boleh terbang :

1. Tak payah aku jalan kaki setiap hari pegi campus.

2. Mesti tapak kasut atau seliper aku tak haus.

3. Tak payah aku bazir duit beli kasut baru sebab kasut aku koyak jalan kaki.

4. Boleh aku terbang pegi London, Rome, Paris, mahupun Bombay sesuka hati aku.

5. Tak payah aku bazir duit beli tiket Mas atau Air Asia (yang konon tambang murah tapi harga ko same je cekik usus. kalo ko tak buat promosi la..) untuk balik umah.

6. Aku terbang pegi balik rumah setiap malam untuk dinner dan tengok Buletin Utama skejap. Kalau Sabtu, aku tunggu carekarama la kot kalau Ida Nerina atau Nasha Aziz blakon.

7. Kalau ade orang nak rompak aku, aku terbang je. Mesti tekejut badak orang tuh. Kalau perompak tu sakit jantung kat situ, aku bawak la pegi hospital.

8. Aku terbang pegi Melaka sekarang. ye sekarang! Nak tgk adik aku jap. huhu..

Tapi aku memang tak boleh terbang. Sebab aku manusia dari spesies homo sapien. Kalau aku jadi manusia boleh terbang, mesti aku jadi bahan eksperimen. Paling kurang pun ada organisasi antarabangsa suruh aku pegi terbang tengok camne kehidupan kat planet lain. Tak minat la jadi spy. Blakon filem kung-fu minat la.

Ok la. Nak pegi beli makanan untuk dinner. Jalan kaki la. Bye.. bertemu lagi di episode akan datang.

Selasa, 2 Jun 2009

Bosan lah Sekarang.

Bila dah habis sem walaupun bukan officially (sebab final tak lepas lagi), kitorang akan ada pbl dan study weeks yang mana aku rasa tak perlu nak terangkan ape tu. Yang penting itu bukan minggu kebudayaan atau minggu sukan. Time ni lah students akan melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut citarasa sendiri seperti jalan-jalan, ber-shopping, sleep over rumah member, lepak dengan member, mencuba bakat memasak atau sebagainya. Atau untuk kesimpulan,kita enjoy!(nada dan gaya seperti Puteri TV3). Aku tak pergi mana-mana cuma melaksanakan kewajipan aku sebagai pelajar. Contohnya seperti yang disenaraikan dibawah :

Amik lesen kereta. Lesen P.

Latihan bina badan bersama Angelina Jolie Jelly.

Berposter utk promosi album terbaru duet bersama Kajol Komal.

Melawat Ed yang sdg kerja part time. She works well. Good lah.

Date dengan L dan jatuh cinta dgn dia utk kali ke-4.

p/s: oh. mungkin ada lagi. To be continue..