Rabu, 27 Mei 2009

Money is Human Happiness in the Abstract - Arthur Schopenhauer.

Panasonic DMC LX-3
*thumbs up* Suraya Nazri likes this. Suraya Nazri WANT this.

Sony Cybershot T series- DSCT900
*thumbs up* Suraya Nazri likes this.

p/s : DSLR tak mampu, berat dan tak reti guna. Digital biasa pun takde lagi. Btw,mane nak cekau ni. 1st mahal, 2nd ok la kot. huhu..

Sabtu, 23 Mei 2009

What am I Doing Here?

Next week is gonna be a messy week since it is mid term exam week. Ok. I supposedly looking at my notes instead of this screen. Like others do, I hate procrastination too. I should study right now! I know. But after all, I'm just a weak, lazy, ordinary moderate achiever student. Well, look at this! Awesome!

Heel less shoes. Fashionable huh? How can they violate their own feet to wear these? Hell yeah. It's fashion!


Last but not least, Mai Lamore Rose Shoe. Quite gorgeous.


Ok. I should continue on reading. I mean reading NOTESSSSSSSSSS. Lec-notes lah.Serious.

Knock the 't' off the 'can't.'. Can I?

I really wanted to go there. Even right know my desire to go there isn't fading yet. And I still hope for a time machine. Or money machine. But I can't. I knew it.







Oh miracle. Please happen.
Wei berangan! Pegi blaja la kau.

Jumaat, 22 Mei 2009

Aku Frust.

Tadi aku bukak satu blog neh. Menyirap darah air liur aku. Ces bedebah. Dia letak gambar nasik lemak besar2 kat situ. Aku yang tengah lapar terus minum air coklat panas aku (amacam, ada gaya orang eropah tak?) dengan harapan kempunan aku kat nasik lemak boleh dihapuskan. Tapi sayang, bukan nasik lemak je, mee mamak, mee rebus, mee sup, nasi ayam, roti nan malah roti bakar old town pun aku leh terliur. wth.. Aku tau aku lapar. Jadi aku makan terus roti tak terbakar aku. Tapi aku tetap kempunan nak nasik lemak. Aku frust.

Sambil taip ni, aku minum air oat berperisa coklat aku. Aku sengaja beli yang ada oat sebab orang cakap oat dapat serap cholesterol. Apetah lagi bila kat packet oat tersebut ada tulisan " less sugar & fat". Tapi dah 3 hari aku minum oat, dah rasa macam aku jadi ayam. Oat ni sekali aku tengok macam makanan ayam yang nenek aku bagi ayam-ayam peliharaan dia. Ah. Tapi takpe. Kata nak kurus. Tapi tak kurus2 pun!. Aku frust.

p/s : Nasib baik aku duduk indon je. Boleh balik selalu. Muahaha.. Kakngah if u read this, aku nak makan asam pedas kat bangi tu lagi..! masihkah kau ingat? Tolong. Tolong. Nak sangat ni. Sekarang.

Selasa, 19 Mei 2009

PengalamanKu.CeritaKu.Macam Askar.

Aku pasti selama anda bergelar student, anda pasti pernah pegi camping. Aku pun sama. Minggu lepas aku pegi camping 3 hari 2 malam. Aku ni bukanlah seorang yang suka kegiatan ganas mahupun lasak. Macam camping2 ni aktiviti senarai last. Tapi best jugak pegi camping. Macam-macam kene buat. Malam hari first day, mereka suh jalan ntah mana2 dalam hutan tu sampai kubur pun aku kene explore pada pukul 2 pagi. Nasib la aku ni jenis kuat semangat walaupun penakut sikit.

Second day tracking selama 10km. Penat jangan cakap. Mengharung semak, hutan, sungai dan ada satu part kitorang kene jalan sambil bawak stretcher yang siap ada patient lagi (camp ni basically untuk ajar hal2 emergency ). Berat jangan cakap (eh ni ayat ulangan eh?). Nak putus kaki dengan tangan nih. Patient tu, kalau kitorang tak kuat memang dah mati sebab kepala terhantuk kat batu takpun lemas kene hanyut air. Mula pukul 9 pagi hingga 5 ptg aku jalan. Tak sangka aku ade kekuatan sebanyak itu. Dan malam, pukul 2 pagi sambung lagi jalan dalam hutan. Sampai tempat tujuan dalam pukul 4 pagi. Kaki aku tak penat. Aku pelik jugak. Tapi perut aku lapar. Aku tanpa segan silu pegi mintak Siva biskut Oreo dia walaupun terpaksa suluh2 muka orang lain untuk cari dia. Lantaklah. Asal aku tak mati kelaparan.

Bila dah terang, ajk2 camping bawak kitorang ke kawasan air terjun. Sejuk gila. Sweater kene bukak dan aku pasti diorang suruh rendam dalam air terjun tu. Aku dengan bijak angkat tangan sebelum aktiviti dimulakan dengan alasan aku orang asia tulen dan aku tak tahan sejuk. Lantaklah. Asal aku tak mati kesejukan kat situ. Tak masuk dalam air pun dah mengigil ape lagi nak rendam dalam tu. Memang cari nahas. Tapi overall sangat best. Walaupun aku ni tak jadi askar, dapat jugakla aku merasa perjalanan penuh cabaran. Sekian saja.

Rabu, 13 Mei 2009

Cerita Pendek.

Suatu hari, tersebutlah kisah manusia bernama Y (nama sebenar dirahsiakan) ingin cuba amik darah manusia. Walaupun dia bukanlah seorang vampire (ayat pertama dah jelas). Mangsa Satu, sebanyak tiga jarum percubaan tetapi tak dapat satu cc darah pun. Berdarah sebab tersalah masuk jarum adelah. Mangsa Satu dah pucat. Pening nak pengsan agaknya. Y cakap "terima kasih beb. aku nak try tp tak berapa nak reti. sorry ek". Ok takpe. Tapi Mangsa Satu dah tak sanggup nak berkorban lagi. Y mencuba pula skill terpendam pada Mangsa Dua. Dengan lebih berhati-hati. Mencari vein pada Mangsa Dua dengan tepat. Prosedur lain juga dah dipastikan benar. Akhirnya Y berjaya withdraw darah. Banyak jugak berjaya keluar. Yeah. Tapi sebenarnya, hakikat yang pahit untuk diterima adalah darah tersebut dari jari Y sendiri. Jarum tersilap tembus jari Y. Adeh. Sakit siot!.

Hari itu adalah hari pertama Y cuba melakukan venipuncture. Tak Berjaya.

Sabtu, 9 Mei 2009

Kalau Aku Berbakat. Aku Jadi Artis.

Tipu je. Aku terlalu pemalu untuk jadi artis. Tengok video ni. Kagum. Hebat betul si Travis ni. 4 stick dengan kecepatan ketara. Video dicilok dari laptop Zafran, sumbangan oleh Youtube.

video

Rabu, 6 Mei 2009

Tiada Tajuk Sesuai Untuk Ditaip Disini.

Korang penah tak rasa macam bengang gila kat sesuatu contohnya geram kat semut yang menyibuk tak tentu hala kat meja anda atau contoh lagi geram kat kerusi bila kaki anda sakit tersepak kerusi itu. Aku pernah. Tapi pernah tak korang menyumpah-seranah binatang atau benda tersebut dengan sebutan camni "babi tul lah" secara tak sengaja (atau sengaja?). Kalau anda seorang yang menjaga adab sopan, aku pasti anda tak pernah. Aku pernah la jugak tapi secara tak sengaja (dan tak selalu ok). Aku tak faham. Kenapa aku menyumpah seranah dengan perkataan yang menimbulkan wabak swine itu walaupun aku terang2 dah nampak semut atau kerusi tu memang spesies semut atau kerusi yang asli tiada kaitan dengan spesies khinzir. Mungkin kerana terlalu bengang, IQ aku menjadi kurang. Jadi kalau anda tengah dalam situasi bengang, aku harap anda dapat kontrol.

Ok. Cerita dua aku nak tulis tentang Laskar Pelangi. Penah dengar atau dah tengok? Ni filem indon (tapi dari novel jugak kalau tak silap aku). Dah lama dah tayang. Tapi aku baru tengok tadi (biasalah lembap skit). Direkomendasi oleh teman Indonesia sekelas aku. Diorang cakap, bila diorang tengok cerita tu, rasa macam duk lam klas. Sebab walaupun cerita indon, bahasa dia macam nak sama dengan bahasa melayu. (Kawan2 indonesia sekelas aku dah pandai bahasa Malaysia. Bukannya aku yang pandai bahasa Indonesia. Aku pun pelik.) Aku bukanlah peminat filem atau sinetron indon. Tapi filem ni best. Kisah mengenai sekumpulan budak miskin yang nak sekolah kat Pulau Belitung zaman dulu. Tempat shooting pun cun. Memang bahasa nak sama dengan b.malaysia sebab Pulau Belitung tu dekat dgn Malaysia tp kadang2 tu aku dengar macam orang indonesia asli yang try hard nak ckp b.malaysia. Boleh la korang cuba tengok kalau korang tak tengok lagi.

p/s : Sinetron indon slalu je ade perkara merepek. Hairan aku. Pari-pari la, rambut kuning (hari tu aku tertengok ade cerita repunzel versi manusia sebenar indon. Heroin pakai rambut palsu kuning macam sailormoon tuh pun ade) Bukan nak kutuk. Nak cakap je.