Jumaat, 24 April 2009

Hobi dan Masa Lapang.

Semua orang ada hobi atau kegiatan masa lapang tersendiri. Betul ke? Sebenarnya aku masih keliru, hobi tu same ke dengan kegiatan masa lapang?

Masa lapang. Sekarang ni aku ade masa lapang. Maklumlah, malam Sabtu katakan. Tiada aktiviti dijadualkan malam ini kecuali mandi dan makan. Siang tadi habis dah exam Skin and Genital. So, sangat gembira dan lega walaupun daripada 100 soalan tadi, 70 soalan belum tentu aku jawab betul. Masa lapang aku memang aku isikan dengan kegiatan kurang bermanfaat atau nama sinonim, kegiatan membuang masa. Tapi kebanyakan masa lapang aku dah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang aku sendiri tak rancang. Jadi, aku tak perlu susah payah rancang masa lapang aku. Kalau ade je masa lapang macam hari Sabtu atau Ahad, macam2 agenda ade seperti ceramah, sukan, lab, birthday party dan sebagainya. Jadi, adakah aku ni takde masa lapang sebenarnya?

Berbalik kepada hobi, aku masih belum pasti ape hobi sebenar aku. Aku pasti hobi tu adalah kegiatan yang kita gemari. Kalau kegiatan yang aku gemari, aku gemar kegiatan membuang masa. Tapi boleh ke membuang masa tu di kira hobi? Seperti sekarang ni. Aku buang masa dengan melayari web-web yang tak memberi manfaat mahupun yang memberi pahala kepada aku (tapi bukan web porno lah!). Lagi satu hobi aku ialah tidur. Tidur sepatutnya hanya malam hari je. Tapi pantang ada masa dan bantal, aku pasti lelap. Yang paling aku pasti, aku mempunyai hobi lepak-lepak dan baring sambil tengok TV.

Seperti aku katakan, malam ni je yang aku kene fikirkan ape nak buat sebab mulai pagi esok, dah tersenarai agenda-agenda untuk dilakukan. Sebelum masa lapang aku habis kerana merepek disini, baik aku mengundurkan diri kerana masa itu memang suka cemburukan aku. Aku nak tengok Gossip Girl episode baru, dengan senaman kuruskan badan. Time is Goldfish!