Isnin, 26 Januari 2009

Waterfall vs Beach.

Holiday kali ini aku rasakan hidup aku dekat dengan air. Semalam aku pegi beach. Tadi siang aku pegi waterfall. Dah lame gile tak mandi beach and waterfall. Semua excited dan jakun nak mandi membuatkan aku excited same.Semalam pengalaman pertama aku naik banana-boat. Aku tak penah naik sebelum ni. Mereka yang naik dengan aku memang sengal. Baru je nak gerak dah menjerit. Mereka itu aku tak boleh bagitau siapa kerana aku takut mereka malu sebab mereka penakut. Lagipun mereka tu berkongsi genetic yang hampir sama dengan aku jadi aku malas nak reveal siapa mereka. Maafkan aku. Tadi siang, setelah sekian lama tak mandi waterfall, aku pergi bersama saudara-mara ku ke waterfall Chemor.Ataupun Chepor yang terletak kat Ipoh (aku tak pasti nama sebenar. kenfius). Tetapi kejadian tak disangka berlaku. Aku yang bertanggungjawab atas baju mandi budak2 perempuan lupa nak bawak beg baju. Biasalah manusia bukan perfect. Mesti ade yang lupa. Oleh kerana nak sangat mandi, budak2 perempuan tesebut pegi beli baju termasuk aku. Sorry girls..I've a lot to think so dat I dont remember ur shirts. Make peace no war ok *wink*. Tapi mereka dah balas dendam dengan aku. Sepanjang perjalanan beli baju mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka kat aku. Tapi ape leh buat, itu aku sengaja nak bagi pengajaran buat mereka. Oh ha. Mase lawan bola tampar, girls team kalah tipis. Kalah tipis je.

Selasa, 20 Januari 2009

Sun.Cloud.Wind.Water.


Perfect. The sun is yellow and bright. The color of clouds is beautiful. The melody of wind is calming.The scent of water is good. Blue sand song rhythm in my head. Perfect time to swimming and letting go everything in my head.yeah. Its been a long time. I miss this! hehe


Isnin, 19 Januari 2009

Gaza. I Dont Have Much.

I dont have any power to stop the satanic murderers. I dont know how to use machine gun even an ordinary pistol to shoot the satanic Israel back. I dont even know how M-16 looks like. I dont have bombs to destroy the stupid wall that stupid Israel build. I dont learn war strategies, so I have no idea. I dont have much money to donate. I dont have any medical skills to cure. I dont even really understand the war history. Infact, im scare to see pictures of massacre victims.I dont have much to help.

Satanic Brutal Murderer.


"I saw a soldier grabbing my sister, Saliha al-Halabi, who was nine months pregnant. He pointed a machine gun at her neck, then emptied its contents into her body. Then he turned into a butcher and grab a knife and ripped open her stomach to take out the slaughtered child with his inquitous Nazi knife" -Arafat Hijazi, Dair Yasin : The Roots and Dimension of The Crimes in Zionist Thought.


I am human. Are u human, Israelis?

Jumaat, 9 Januari 2009

Buntu.

Seriously. Buntu. Aku rasa ak buntu. Dengar perkataan buntu ni, macam tak best. Baik aku tukar tiada idea. hmm.. takde idea nak tulis ape. Mungkin disebabkan exam. Mungkin separuh fikiran aku yang bersifat nerd ini berkata jangan bazir masa dengan internet. Tapi fikiran aku lupa agaknya. Bukan blogging je boleh mencuri masa aku. Banyak web lain yang aku belum explore dan lebih mencuri masa. (b.malaysia kene campur2 cakap ngan b.inggeris baru senang walaupun b.malaysia aku sudah cukup pasar bercampur tatabahasa tulen.huh.rojak!). Jadi aku kerap menghabiskan masa meng-explore web lain setiap hari.

Tinggal lagi 2 paper. Sesiapa yang baca ni tolong doakan aku boleh jawab paper yang akan datang. tolong..tolong..please..(kan. campur2 lagi). Walaupun paper akan datang aku kategorikan sebagai killer-paper (anatomy exam!), aku masih kerap meluangkan masa aku meng-explore web yang disediakan umat manusia di internet ini. Jadi aku rasa fikiran nerd aku ni tak mampu menghalang aku daripada menggunakan masa dengan tepat di minggu peperiksaan ini.

Berbalik kepada takde idea. Sebab kedua mungkin aku tiada ape untuk diceritakan. Kehidupan harianku seperti biasa sahaja di minggu peperiksaan ini. Memang bosan. Makan. Mandi. Tidur. Belajar. Tertidur. Surf internet. Makan. Mandi. Keluar umah pun aku malas.

Sebab ketiga mungkin aku takde idea nak tulis apa adalah kerana aku malas nak fikir nak tulis ape. Mungkin aku hanya sibuk berfikir tentang cuti. Cuti dah dekat. wohooo...yeaahh! Aku amat memerlukan cuti sekarang. Aku dah sangat bosan dengan makanan-makanan disini. Aku memerlukan sesuatu yg lebih tastefull dan marvelous untuk menjana deria rasa aku.

Sebab ke-empat, mungkin bekalan MILO 3-in-1 aku sudah habis. Aku malas nak beli Milo kat sini sebab orang cakap tak sedap dan lebih mahal. Maka aku sudah kekurangan zat-zat penting yang dapat membantu aku berfikir dan memberi idea. Aku terlalu taksub dengan "minum milo anda jadi sihat dan kuat!". Tapi bagus juga Milo aku dah habis sebab sekarang kan kempen boikot USA's products. Kalau kempen ni berjaya, padan muka kau Amerika!.

Aku rasa cukuplah aku memeberi sebab kenapa aku buntu atau tiada idea. Sebab aku dah buntu nak bagi sebab yang ke-lima dan seterusnya. Baik aku meneruskan perjuangan belum selesai aku di medan perang meja belajar. Sekian. Oh sebelum tu, aku pun takde idea kenapa 'aku' menggunakan aku di entri ini.

Jumaat, 2 Januari 2009

Inspired.



life with intention
practice wellness
walk to the edge
play with abandon
listen hard
laugh
appreciate
do what I love
continue to learn
choose with no regret
live as if this is all there is