Rabu, 30 Disember 2009

Jangan Tukar!

Tahun ini berkesempatan pegi rtw. Chaos. Dari awal sampai habis dramatik. Lagi selangkah nak sampai kaunter tiket, tiket sold-out. Nasib baik ade brader yang jadi hero kat situ. Terjadila drama pertengkaran orang awam menuntut hak asasi disitu. Tiket tak sold out pun. Then ingatkan panas sampai ke petang. Rupanya hujan lebat gila. Terpaksa stop skejap. Semua orang selamatkan diri lari ke booth2 sponsor dan curik banner jadikan payung. Walaupun band2 lain ok, aku agak frust sebab front man bittersweet dah tukar! Tak sempat lak tu nak tengok restraint sebab diorang perform awal. Walaupun aku bukanlah kipas-susah-mati hardcore yang tegar tapi restraint menarik minat aku lepas aku tengok diorg kat indiefest. Lepas ni nak cari lagu restraint yg best-best. Huahuahua. At the end of the day, ada tayangan drama kategori thriller and action pulak. There are some fight outside. What a fool. Tapi takut gak tengok org kejar2 depan mata neh. Macam dalam filem gangster dengan aku bertindak sebagai orang awam yang langsung tak bersalah dan tiada kaitan. Oh. Lagi skali bunkface kesian. Dulu da kene fuck off, ni sound n light pulak problem. Aku akui mereka berbakat tapi padan muka. Overall, I think they should do better to manage this event properly.


On attempt to snap orang mosh lam hujan, brader
twisties nilak amik banner kitorg menumpang teduh.

Tak boleh pinjam banner, pinjam booth lak.

Re-setting system.

Fight scene. Security lembap. One victim already dying.

Monoloque Antiloqoue Proloque

Disagree

Sabtu, 19 Disember 2009

Escape.

I am on my way to get out from this hell. December will never been kind to me. I am crazily busy right now. The sound of clock ticking annoys me and I really feel that 24hours just not enough. Yet it is ok because I can escape faster. Plus, of course I never can choose.

Until my next post, wish me luck.

Jumaat, 18 Disember 2009

Masalah Itu Aku.

Tahun berganti tahun. Angka berganti angka. Aku tetap sama. Tiada kemajuan, tiada daya melangkah kehadapan. Tidak juga bergerak kebelakang. Mungkin. Statik dan rigid. Sampai bila harus menunggu untuk aku lihat diri sendiri bergerak? Sampai orang tolak? Sampai batu jatuh atas kepala? Entahlah. Aku berharap suatu hari genggaman aku lebih kuat aku lebih gagah melangkah.
Tapi bila?.

Ah. Tahun baru lagi.

Sabtu, 28 November 2009

00:00

Pukul 00:00. Malam kelam.
Melangkah merubah haluan.
Aku mahu ke dunia tanpa prejudis.

Rabu, 18 November 2009

A Story About a Boy Meets a Girl.

Tajuk yang aku tulis kat atas berkaitan dengan filem 5oo Days Of Summer. Selepas kecewa dengan pihak pentadbiran cinema yang telah habis menjual tiket 2012, aku tengok la cerita ni walaupun dah berzaman download. Hari ni pun tiket habis lagi. Maklumlah, nak guna online booking, masih takde dalam perkhidmatan.

Berbalik ke topik asal, senang cakap, cerita ni best la. Smart dan klasik. Jalan cerita pun agak jujur walaupun simple. Siapa yang dah tengok, bolehla hentikan pembacaan anda sampai disini sahaja. Kalau korang baca tajuk pun dah boleh agak cerita ni cerita cinta. Soundtrack filem ini pun best. Antaranya yang aku suka : Mumm Ra - She's Got U High. Try la dengar. Ada lagu best yang lain jugak. Untuk aku, cerita ni funny, lovely and heartbreakingly beautiful. Sesiapa yang belum tengok dan suka tengok cerita love, sila lah dapatkan movie ini dengan mana-mana kawan berhampiran.

Khamis, 12 November 2009

Bila Ada Masa Lapang.

Sejak kebelakangan ini, lecturer2 aku mempunyai habit masuk lambat. Aku pun tak tau kenapa sebab aku tak pernah tanya. Pernah ke anda tanya cikgu2 anda "cikgu, kenapa lambat? baru bangun eh? ". Aku cuba mengikis perasaan bengang terhadap lecturer walaupun mereka lambat dalam 1-2 jam sebab cikgu sekolah penah cakap, jgn kurang ajar dengan cikgu kita nanti ilmu tak halal (ditambah dengan sebab aku pun sesekali datang lambat). Disebabkan sikap lecturer aku ini, aku mempunyai banyak masa lapang di kelas.

Jadi, apabila masa lapang ini muncul, aku dan rakan-rakan mengisi masa tersebut dengan aktiviti berfaedah.

Aktiviti satu :
acara pembahagian pingat dan sijil. Crew terlibat : ramai.


Aktiviti dua :
mengasah bakat. hair-do. Crew terlibat : sarah,gir, alya. kudos!

Isnin, 2 November 2009

Cornerstone.

Cornerstone - Artic Monkeys
3rd album will come.yeay!

Sabtu, 31 Oktober 2009

Inilah Bakso!

Memandangkan aku begitu malas belajar pada hari ini (sebenarnya aku rajin tapi biasalah banyak betul setan2 sekeliling menghasut untuk terus bermain2), aku post la sesuatu kat sini. Walaupun aku dah duk lama kat sini, tapi inilah pinggan pertama bakso(merujuk kepada gambar diatas) yang aku makan (dah lama pun aku makan.2 minggu lepas kot). Dibeli di kedai bakso baru (sebenarnya bukan baru tapi di-renovate) kat kampus. Bagi anda yang tak tau apa itu bakso atau tak penah dengar pun, bakso bukan sejenis senjata. Lagipun aku dah cakap aku makan. Mestilah sejenis makanan. Makanan indonesia yang ade sup, fishball, tauhu mee etc etc. Sebenarnya belambak gerai bakso boleh dijumpai di tepi2 jalan tapi biasalah, kita mesti pilih gerai label A atau B. Tapi kat sini jangan harap la nak jumpa label2 sedemikian. Aku pun tak tau kenapa aku harus bercerita mengenai bakso disini. Mungkin aku cuba menukar gelombang malas kepada rajin melalui cerita bakso - bodoh gila ayat aku ni. Ok. Sampai sini sahaja cerita "inilah bakso". Jangan lupa vote untuk Free Love ( best breakthrough act + best song), twkua dan hero2 music yang lain eh! kat sini - http://sites.junkonline.net/junksounds/

Rabu, 28 Oktober 2009

Maisie Darcy vs Selena Gomez. Entri Khas.

Mimie Momoe aka Maisie Darcy (boleh click jgn takut) made my day. After read her blog :) And this post is a reply toward her post on WEDNESDAY, OCTOBER 28, 2009 - Entri khas Untuk suraya Nazri.

Walaupun agak malu nak mengaku, sebenarnya, aku suka Selena Gomez walaupun aku tak penah dengar lagu dia kecuali tengok filem dia. Tu pun satu filem je la. Dia sangat cute lebih dari Maisie Darcy. Kwang3. Walaupun dia budak Disney, tapi takpelah. Disney pun Disney la kan.

Untuk Mimie Momoe, tgk gambar ni. Buat la rambut macam ni. Warna pun macam ni. Sangat chantek tertarik! Aku sayang nak potong rambut jadi pendek.

Source :myspace. Kalo tak nampak, pegi check myspace dia. muahaha

Isnin, 19 Oktober 2009

U-Turn.

Kita selalu boleh u-turn kalau kita salah jalan. Tapi tak semua hukum berlaku kat semua tempat dan keadaan kan? Aku dah tak boleh buat pusingan U. Cuma boleh berdoa dan berharap agar takde jalan mati kat depan.

Jumaat, 16 Oktober 2009

WTH.

Tell me how to remember this :
Class hexapoda (insects), including all the orders (diptera, anoplura, orthoptera, heteroptera, siphonaptera, hyamenoptera, coleoptera, lepidoptera) and their suborders. Ok. Dont left behind to put on memory box how many wings, legs, how their mouth, body look like and diseases they spread. Tell me.

I gave up. Mengarut.
Tidur lagi selamat.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Magic Under Construction!

Bila la aku nak ade duit banyak ni. Bila aku ade duit banyak, aku dah taknak pegi Disneyland. Aku nak pegi THE WIZARDING WORLD OF HARRY POTTER ! (click la) .

Gile nak pegi tempat ni. Tak dapat sekolah kat Hogwarts, tapi dapat pegi theme park dia pun leh la . Will be open maybe on Spring 2010, at Orlando, Florida. There are Hogwart Castle, Zonko's , Honeyduke, Hogsmeade etc. Lads, I wanna go to Hogwarts. Give me thousands of Galleons or Sickles so I can go there !

Early concept-Three Broomsticks

Early concept - The Olivander's

Early concept- The Owlery

Entrance- magic at work.

Damn it. Hogsmeade comes into real.

Siapa nak membantu, bolehla hulurkan sumbangan anda dalam bentuk wang tunai dan masukkan ke akaun yang akan diberitahu kemudian hari. Sekian terima kasih.

Ahad, 4 Oktober 2009

Drama Antarabangsa.

Memang drama sangat atau sinetron la. Memang tak habis lagi. Kawan-kawan bagitau 8hb ni hari official mereka ganyang Malaysia (sila click). WTH! Aku tak suka nak kutuk mereka-anda tau kot siapa mereka- (sesetengah yang extreme) sebab siapa aku nak kutuk-kutuk tapi aku tetap nak tulis pendapat aku. Tolong la hentikan benda-benda mengarut mereka tu. Nak ganyang orang, bakar bendera negara orang, nak sweep orang la bagai. Nak istihar perang? Tak fikir ke kesan perang? Tak belajar dari sejarah? Kita nak maju ke depan bukan mundur ke belakang.

Daripada nak ganyang orang, baik fikir cara nak tolong mangsa gempa. Baik fikir macam mana nak bantu naik taraf penduduk kau yang kat tepi kaki lima tu. Baik kau fikir masa depan budak-budak negara kau tepi kaki lima yang tak pegi sekolah tapi lari-lari mintak duit kat orang. Baik kau fikir cara membantu orang susah yang tengah jalan jual kacang untuk cari duit lebih. Baik fikir cara berkesan hentikan korupsi (negara aku pun kene fikir ok). Baik kau fikir macamana nak buat kempen "hentikan meludah merata-rata". Baik kau fikir macamana nak atasi pencemaran udara dan air negara kau. Baik kau fikir..

Hal mencuri budaya ape yang kau nak hebahkan sangat? Bangga sangat bila batik kau di iktiraf? Batik negara aku lagi cantik kot. Hal maid kene pukul kau heboh? Hal orang kau merompak menyamun kat negara orang kau tak heboh? Betul la bila ada orang cakap, bila semangat Kenegaraan lebih penting dari semangat Islamisme. Kita nak jadi ape? Sedang orang lain ketawa melihat drama antarabangsa kita. Ok. Sampai sini sahaja. Aku mintak ampun kalau ade yang terasa. Seperti yang tertulis di atas, aku hanya tidak setuju dengan / mengutuk puak pelampau sahaja. Sekian.

Khamis, 1 Oktober 2009

Cerita Saintifik.

Syawal belum habis tapi kepala dah semak. Aku ni memang langsung tak berjiwa saintis kot. Jadi bila aku kene buat tugas akhir atau mcm thesis tu, aku merasakan tekanan yang amat. Sebab aku tak berjiwa saintis.

Nak cari tajuk je aku rasa semak semacam. Nak kene buat eksperimen, laporan la bagai. Tapi aku paling tak suka masuk lab atau nama panjangnya laboratorium. Zaman sekolah aku paling benci masuk lab walaupun lab kat sekolah aku tu nampak macam bersih dan canggih. Antara sebab kenapa aku tak suka masuk lab yang pertama mestilah sebab kerusi dia yang sakit tulang blakang kalau duduk lama pastu tak boleh nak sandar pulak kalau nak tidur. Sebab kedua, aku benci bila kene buat lab report dan kene hantar esoknya jugak. Ketiga, mesti la sebab eksperimen tak jadi lepas tu kene buat lagi.Masuk lab bagi aku satu tekanan. Sebab tu la aku tak suka masuk kelas yang buat dalam lab.

Berbalik mengenai tugas akhir, aku ada cakap, aku taknak buat eksperimen lipas sebab aku geli sangat. Tapi ada orang cakap, dia rela makan lipas dari buat tugas akhir ni.

Aku dah submit tajuk tugak akhir aku. Bakal di-reject? Ah! Aku semak.

Rabu, 30 September 2009

Very Much. Listen.

Look inside, look inside your tiny mind
Then look a bit harder
'Cause we're so uninspired, so sick and tired
Of all the hatred you harbor

So you say it's not okay to be gay
Well, I think you're just evil
You're just some racist who can't tie my laces
Your point of view is medieval

Fuck you, fuck you very, very much
'Cause we hate what you do
And we hate your whole crew
So please don't stay in touch

Fuck you, fuck you very, very much
'Cause your words don't translate
And it's getting quite late
So please don't stay in touch

Do you get, do you get a little kick
Out of being small minded?
You want to be like your father
It's approval you're after
Well, that's not how you find it

Do you, do you really enjoy
Living a life that's so hateful?
'Cause there's a hole where your soul should be
You're losing control a bit
And it's really distasteful

Fuck you

You say you think we need to go to war
Well, you're already in one
'Cause it's people like you that need to get slew
No one wants your opinion

Fuck you, fuck you, fuck you

Fuck You by Lily Rose Allen

Isnin, 28 September 2009

Ucapan Hari Raya.


Pantun aku pliagarism :
2, 3 kucing berlari
manakan sama si kucing belang
2, 3 boleh kucari
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Raya dah tamat walaupun belum habis. Ataupun raya dah habis walaupun belum tamat. Sedang kita masih di bulan Syawal mulia, saya Nursaadah Suraya ingin mohon ampun maaf atas salah silap kepada keluarga, rakan dan kenalan. Raya dah tamat walaupun belum habis.

Khamis, 10 September 2009

Dear Jane.

This is no lie.
I won't lie to you Mary Jane.
I write to you Mary Jane because my eyes won't shut.
My head collides so hard yet I'm sober.
My heart ache so much this moment yet I'm still strong.
I need novocaine.
To wipe away all pain.
To get away from hell.
Serious shit. I'm cold.
I hope u understand me Mary Jane.

Jumaat, 4 September 2009

Jangan Belot Lagi Boleh?

Sana-sini aku pegi. Panjang masa aku curi.
Kau sama sahaja. Masih kat situ. Masih sama. Aku lupa sebenarnya. Masa aku tinggalkan kau untuk pergi syurga haritu, aku ganti tak nyawa kau? Aku rasa tidak. Maafkan aku. Dulu kau 8.20. Sekarang pun kau masih 8.20. Kadang-kadang je bila aku mengantuk sangat, aku nampak kau 8.00.

Kau sama sahaja. Usang dimakan masa. Kenapa kau tak bergerak? Aku dah bagi Energizer kottt.. Takpe lah kalau kau merajuk. Atau kau memang betul-betul perlukan nyawa kehidupan baru. Ok. Aku ganti baru. Energizer lagi. Harap kau suka. Aku gembira nampak kau bergerak kembali. Terima kasih.

Tapi semalam aku balik dari kelas, aku tengok kau 9.40. Kau ni mabuk ke? Aku kan dah bagi nyawa baru! Ok la. Esok aku cari power baru bagi kau.. Kau jangan macam tu lagi sebab tanpa kau hidup aku kelam kabut. Tapi kalau ade kau pun, kelam kabut jugak.

Aku rasa, aku nak tukar jam dinding baru. Bukan aku diskriminasikan kau. Tidak. Aku tak kisah kau tak colourful. Aku tak kisah kau tak high-tech. Aku tak kisah kau tak glow in the dark. Aku tak kisah kau dah takde cermin lagi. Aku tak ejek kau.

Cuma kau ada tulisan -
Peringatan 1000 hari wafatnya Istri/Ibu/Mertua/Eyang tercinta Soekartini Soetiksno 16 Agustus 1997.

Aku rasa takut la! Tiba-tiba. Kau ni spooky jugak kan. Tapi bulan puasa ni, takde apa-apa agaknya. Aku tak gentar dengan pembelot. Sekian dari aku untuk kau.

Khamis, 3 September 2009

Let's go Green!



21 Guns (live) - 21st Cent
ury Breakdown.

This song is one of many reasons why I love listen to Greenday eventhough I'm not really a punker. But they said it sounds a bit like Heart of Gold by Neil Young. I don't really think so. Armstrong and Neil Young are both talented and both songs are good! I always wish I could see Greenday's live performances since I was 16. Arghh! Bila kau nak dtg Armstrong? Atau boleh ke aku jumpa kau Armstrong?

These are another awesome Greenday's : (click to know your enemy)
American Idiot
Jesus of Suburbia
Holiday

Sabtu, 29 Ogos 2009

Hey ho, I love U.

Hey ho, i love u. Malaysia.
Sebagai warganegara, aku kene la cakap macam tu kan. Walaupun aku slalu teringin nak jadi warga London. Sebenarnya ape aku nak tulis kat ruangan maya ni sekadar suka-suka sambil menunggu nota aku dicetak printer (oh aku sepatutnya print semalam).

Umi aku seorang pekerja di balai polis walaupun dia tidak menangkap penjahat. Dia cakap kat balai tu bukan motor mat rempit je belambak. Buah kelapa pun penuh. Dia cakap zaman sekarang ni buah kelapa pun orang nak curi. Selain buah kelapa, buah kelapa sawit pun nak curi. Kayu pun nak curi jugak. Oh. Ak terkejut. Ingatkan besi buruk je orang curi. Kelapa pun orang berminat jugak. Merdeka ke macamtu? Ya. Itu Merdeka. Kita semakin maju dan membangun sehingga susah nak cari pokok kelapa dan buah kelapa halal sampai kena curi orang punya.

Sekarang, ramai orang cakap, minda warga kita banyak telah dijajah. Kalau dengar lagu dari barat, minda kita dijajah ke? Kalau lagu bukan dari barat itu langsung tak menusuk jiwa raga dan menyenangkan telinga, buat ape kita dengar? Merdeka ke macamtu? Bagi aku, itu merdeka. Kita kene bebas untuk dengar lagu ape kita nak dengar.

Aku dapat sms yang suruh bayar yuran untuk sambut malam merdeka.Tarikh akhir, Isnin. Merdeka-kah?

Jumaat, 28 Ogos 2009

Game Siput Sedut yang Bukan Aku je Kene Buat.

Tajuk di atas berunsur plagiarism.

1. Bekas kekasih saya adalah :
bekas Tupperware

2. Saya sedang mendengar :
Molekul dan atom yang entah dimana menghasilkan gelombang bunyi: Comforting Sound-Mew. Oh ya. Ada suara mengaji dari masjid berdekatan.

3. Mungkin saya patut:
Ber-mesyuarat dengan Albert Einstein. Mesin Masa. Susah sgt kah?

4. Saya suka :
Musika buat jiwa raga.

5.Sahabat-sahabat baik saya :
Mereka yang ikhlas memahami. Dan mereka yang mengenali walau mereka kurang memahami.

6.Saya tak paham :
Kenapa dia mesti bersikap sebegitu. Pelik.

7.Saya kehilangan :
Saat dan minit. Sekarang juga masih begitu. Ada sesiapa boleh bantu?

8.Ramai yang berkata :
"Sekarang ni panas la" sambil hisap rokok. Anda faham global warming tak? Saya tidak.

9.Makna nama saya :
Cahaya Kebahagiaan Suraya.

10.Cinta itu adalah :
Bila anda tak tau anda sedang sakit tenat. Bila anda jatuh, memang rasa sakit.

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
Membaiki kereta kebal. Takut mati.

12.Saya akan cuba :
Untuk tidak berhenti mencuba.

13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :
Tanya cikgu bahasa melayu anda untuk penjelasan mendalam.

14.Telefon bimbit saya :
Teknologi komunikasi berguna merangkap perosak.

15.Bila saya terjaga dari tidur :
"Aku taknak bangun dah.Sampai noktah."

16.Saya paling meluat :
Sikap hipokrit yang konkrit.

17.Pesta/Parti adalah :
Kenduri.

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :
Panda tak berbaju - Kung-fu Panda.

19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :
Ah. Saya semakin ketinggalan.

20.Hari ini :
"Aku teringat kau walaupun aku benci sangat dengan kau."

21.Malam ini saya akan :
Ok. Serius ni. Print nota!

22.Esok pula saya akan :
Menyesal.

23.Saya betul-betul inginkan :
Permintaan saya dikabulkan.

24.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :
Tak nampak macam Emma Watson langsung!

25.Pusat membeli-belah atau arked permainan :
Pusat membeli-belah dengan beg tangan tersembunyi duit banyak berdolar-dolar.

26.Makanan Barat atau Jepun :
Dasar pandang ke Timur dan menghadap ke Barat.

27.Bilik yang terang atau gelap:
Nak ke anda hidup dalam kegelapan? Tapi saya pilih gelap.

28.Makanan segera adalah :
Cepat siap tak sedap.

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
Mengucap. Mengucap.

30.Siapa yang anda nak Tag?
Para bloggers, pencinta alam, pecinta haiwan, dan ya anda. Anda la yang bijak mentafsir huruf-huruf ini.

Ahad, 23 Ogos 2009

No Title.

MTV Worldstage 15hb hrtu. Banyak poser. Tp All American
Reject dan Kasabian enak seperti tea o ais. Raygun juga.

Selasa, 11 Ogos 2009

Budak Punk.

Budak Punk : Punk is a way of life man.. Punk is not just music and fashion.
Punk is life!

Pendengar Punk Biasa : Hotak kau.

Isnin, 10 Ogos 2009

Juliette Berhenti Keje Part Time?

Rasa macam harus bersara. Pencen.

Isnin, 27 Julai 2009

Bersama Perempuan-perempuan Kenangan.

Mereka kenangan saya. Bukan. Bukan kenangan ponteng surau bersama (kebenaran ayat ini tidak dijamin). Tapi kenangan makan maggi dan basuh baju larut malam. Tak pernah lupa. Sayang mereka. Owh. Sorang lagi perempuan sedang merakam foto ini. Sorang lagi dah balik.

Khamis, 9 Julai 2009

Surat Berwawasan.

Holiday tu sama la jugak dengan Heaven kalau korang tanya aku. Sebab tak payah semak2 kepala otak la beb! Ok. haritu hari jadi aku. Jangan berhenti baca ok. Sebab aku bukan nak cakap pasal hari jadi aku pun sebab semua orang pun ada hari jadi. Cuma ada kaitan sikit2.

Seperti biasa aku akan check box surat aku kat yahoo. Aku dapat surat electronic daripada satu nama pelik. Aku dah berdebar-debar ni. Macam dapat surat dari Ronald Weasly. Tapi bukan. Nama dia macam ala ala berwawasan. eBelia. Aku agak ni kerajaan kot. Then, confirm . Goverment nyer surat. Ape neh? Kepala otak aku fikir, ni mesti nak mintak aku bayar pinjaman pengajian? Nak suruh aku mengundi? Nak hantar aku wakil olimpik? Nak bagi aku anugerah Hang Tuah? Nak tarik kewarganegaraan aku? (Time ni aku teringat lagu 'Die for Your Government'-Anti-Flag) Gile ah. Tajuk email : Selamat Hari Lahir. Cett. Macamana diorang boleh tau besday aku bila? So aku bukak.

Salam Sejahtera,

'SELAMAT HARI LAHIR' saya ucapkan kepada anda. Semoga anda sentiasa sejahtera dan bertambah ceria. Negara amat berbangga mempunyai warga belia seperti anda. Marilah kita tingkatkan semangat kesukarelaan dan menjayakan Kempen Generasi Bebas Jenayah. Sekali lagi saya ucapkan Tahniah dan SELAMAT HARI LAHIR.

Salam Mesra,
"ok. Aku malas nak copy sape ni"

Fuyyooohhh! korang baca betul2 tak? Negara berbangga seyh ada warga belia macam aku. Tak pernah aku dapat surat besday yang berwawasan macam ni. Tapi kegembiraan aku sekejap je. Ade udang disebalik batu. Ceh. Malas nak sambung. Sambung part 2 la eh. Aku tengah busy nak tanya betul2 customer service visa megajackport ape ntah neh- diorang cakap aku menang beb! Nak tanya betol ke? pastu nak cakap- jangan kau nak tipu aku. Aku takkan terpedaya dengan pound sterling 500 000!

Rabu, 1 Julai 2009

Hari Ini Aku 21.

Ok. Tujuan entri adalah untuk : Selamat Hari Lahir untuk diri sendiri. Rupa-rupanya dah 21 tahun aku hidup kat dunia ni. Tu tak termasuk hidup dalam perut ummi aku lagi. Lama jugak la tu kan. Tapi tak tua lagi kan. Masih muda. Bak kata orang, young and dangerous. Ceh. Alhamdulillah. Nafas masih ada. Jantung pun masih ada rythym yang bagus lagi.

Kesimpulannya, hidup ni perlu diteruskan walau se-boring mana atau se-banyak mana pun aku komplen tentang kehidupan ni. Takkan nak bunuh diri lak kan. Sebelum menamatkan ucapan, terimalah ucapan terima kasih saya kepada keluarga dan kawan-kawan. Thx for cake, birthday songs (love meei's version), card and all wishes.

related : birthday wish1, birthday wish2.

Jumaat, 26 Jun 2009

Now Playing.

Aku tak berapa tau pasal kisah hantu kat bumi Jawa ni apetah lagi berapa banyak hantu atau jenis2 hantu yang ada. Serius aku tak tau. Tapi filem hantu memang banyak gila ah kat sini. Tadi aku check website cinema. Aku tengok senarai filem "now playing" , memang rasa nak senyum sorang-sorang (senyum je la kan.bukan orang nampak pun). Bukan ape, cuma banyak sangat filem hantu. Macam-macam cerita hantu ade. Antaranya: Di Kejar Setan, Susuk Pocong, Pocong Kamar Sebelah, Sumpah (Ini) Pocong, The Real Pocong, Kuntilanak Kamar Mayat, dan yang dalam senarai "coming soon" The Maling Kuburans. Gila lah. Mesti banyak gila pocong kat Indon. Takut!

Ok. Yang pasti, aku memang tak nak tengok cerita hantu dan aku takkan tengok cerita hantu. Apatah lagi tengok secara berbayar kat cinema. Bukan takut cuma membazir je kan. Ok. Tipu. Penakut sebenarnya. eheh. Cuma boleh tengok title je.

Tak sabar nak tunggu semua habis paper!
Pastu jom transform jadi Optimus Prime!

Khamis, 18 Jun 2009

Review.

Review 1
Aku ada keje ni. Review. Tapi boring la keje review aku. Review dan hafal bahagian badan. Macam tadika dulu-dulu, blaja 'part of body'. Tapi kali ni macam versi 18PL. Gile ah. Jadi aku break la sejap.

Review 2
Album the killers aku download haritu memang kill aku lah. Tak berapa nak best. Skit je lagu best. Tapi macam biasa, frontman dia masih hensem. Dua album bawah ni boleh tahan! Best.

21st Century Breakdown (Green Day) . New Again (Taking Back Sunday).

Selasa, 16 Jun 2009

Jam Dinding Pembelot.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.05. Warna langit kat luar gelap. Jadi mestila pukul 8.05 malam kan. Sambil minum nescafe yang suam, aku bukak web The Star. Dah lama tak reading news. Lepas tu, aku bukak web Berita Harian. Dah lama tak baca berita. Alasan, berita sama. Kalau tak perang, mestilah berita si Obama. Kalau tak, mesti berita 'erra fazira jadi emak'. Padahal kalau dah malas, jangan la banyak alasan, kan.

Aku lihat jam dinding lagi. Pukul 8.30. Langit kat luar masih gelap. Jadi, mestila pukul 8.30 malam kan. Aku buka web Google pulak. Aku taip sesuatu diruangan search box. Aku bukak tab baru. Aku taip youtube.com. Inilah kerja aku sejak semalam. Tak habis-habis menimba ilmu.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.30. Tak perlu tgk kat luar. Masih malam. Bukak tab baru lagi. Jaringan sosial penuh manusia dan gaya, Facebook. Boring. Aku bukak RealPlayer aku. Tengok video yang penah aku download.

Aku lihat jam dinding. Pukul 8.30. Dalam hati aku "oh. takdela lame sangat aku depan laptop ni". Eh, sekejap. Gila. Masa bergerak lambat malam ni. Best-nye!!! Eh.Sekejap. Sekejap. Kenapa jam laptop pukul 11:11 pm? Oh crap! Jam dinding mati!!

Lagi sekali, tak sempat. Mata layu. Masa tidur. Benci ah kau jam dinding. Belot dengan aku.

Isnin, 15 Jun 2009

I Heard You Found a Wishing Well. In the City. Console Me in My Darkest Hour. And You Throw Me Down.

I finally have all The Killers songs of 'Day and Age' album. Even a bit ketinggalan zaman (already listened Human around July last year!). One thing for sure, its originally downloaded. muahaha. Hey, at least there still something we can get without money in this 21st century.. but still have to pay for internet connection :(

Track list: Losing Touch, Human, Spaceman, Joyride, A Dustland Fairytale, This is Your Life, I Can't Stay, Neon Tiger, The World We Live In, Good Night Travel Well, A Crippling Blow.

July and Half Bloody June.

I am waiting for July to come. Normally. I hope neither fast moving time nor slow moving time. Normal. Normal. Normal.

But Im abnormal for this. Wanna register my new semester at Hogwarts School this July. keh3.UK and Us registration date : July 15.
Mala
ysia registration date : July 16, 2009.
Harry Potter and The Half-Blood Prince.

Oh July, faster!

Sempat la tgk kat umah since I on my semester break.yeyyy.. Kalau tunggu cinema Indon ni confirm lambat..

Ahad, 7 Jun 2009

Kalau Aku Sessi Satu.

Kalau aku boleh terbang :

1. Tak payah aku jalan kaki setiap hari pegi campus.

2. Mesti tapak kasut atau seliper aku tak haus.

3. Tak payah aku bazir duit beli kasut baru sebab kasut aku koyak jalan kaki.

4. Boleh aku terbang pegi London, Rome, Paris, mahupun Bombay sesuka hati aku.

5. Tak payah aku bazir duit beli tiket Mas atau Air Asia (yang konon tambang murah tapi harga ko same je cekik usus. kalo ko tak buat promosi la..) untuk balik umah.

6. Aku terbang pegi balik rumah setiap malam untuk dinner dan tengok Buletin Utama skejap. Kalau Sabtu, aku tunggu carekarama la kot kalau Ida Nerina atau Nasha Aziz blakon.

7. Kalau ade orang nak rompak aku, aku terbang je. Mesti tekejut badak orang tuh. Kalau perompak tu sakit jantung kat situ, aku bawak la pegi hospital.

8. Aku terbang pegi Melaka sekarang. ye sekarang! Nak tgk adik aku jap. huhu..

Tapi aku memang tak boleh terbang. Sebab aku manusia dari spesies homo sapien. Kalau aku jadi manusia boleh terbang, mesti aku jadi bahan eksperimen. Paling kurang pun ada organisasi antarabangsa suruh aku pegi terbang tengok camne kehidupan kat planet lain. Tak minat la jadi spy. Blakon filem kung-fu minat la.

Ok la. Nak pegi beli makanan untuk dinner. Jalan kaki la. Bye.. bertemu lagi di episode akan datang.

Selasa, 2 Jun 2009

Bosan lah Sekarang.

Bila dah habis sem walaupun bukan officially (sebab final tak lepas lagi), kitorang akan ada pbl dan study weeks yang mana aku rasa tak perlu nak terangkan ape tu. Yang penting itu bukan minggu kebudayaan atau minggu sukan. Time ni lah students akan melaksanakan aktiviti-aktiviti mengikut citarasa sendiri seperti jalan-jalan, ber-shopping, sleep over rumah member, lepak dengan member, mencuba bakat memasak atau sebagainya. Atau untuk kesimpulan,kita enjoy!(nada dan gaya seperti Puteri TV3). Aku tak pergi mana-mana cuma melaksanakan kewajipan aku sebagai pelajar. Contohnya seperti yang disenaraikan dibawah :

Amik lesen kereta. Lesen P.

Latihan bina badan bersama Angelina Jolie Jelly.

Berposter utk promosi album terbaru duet bersama Kajol Komal.

Melawat Ed yang sdg kerja part time. She works well. Good lah.

Date dengan L dan jatuh cinta dgn dia utk kali ke-4.

p/s: oh. mungkin ada lagi. To be continue..

Rabu, 27 Mei 2009

Money is Human Happiness in the Abstract - Arthur Schopenhauer.

Panasonic DMC LX-3
*thumbs up* Suraya Nazri likes this. Suraya Nazri WANT this.

Sony Cybershot T series- DSCT900
*thumbs up* Suraya Nazri likes this.

p/s : DSLR tak mampu, berat dan tak reti guna. Digital biasa pun takde lagi. Btw,mane nak cekau ni. 1st mahal, 2nd ok la kot. huhu..

Sabtu, 23 Mei 2009

What am I Doing Here?

Next week is gonna be a messy week since it is mid term exam week. Ok. I supposedly looking at my notes instead of this screen. Like others do, I hate procrastination too. I should study right now! I know. But after all, I'm just a weak, lazy, ordinary moderate achiever student. Well, look at this! Awesome!

Heel less shoes. Fashionable huh? How can they violate their own feet to wear these? Hell yeah. It's fashion!


Last but not least, Mai Lamore Rose Shoe. Quite gorgeous.


Ok. I should continue on reading. I mean reading NOTESSSSSSSSSS. Lec-notes lah.Serious.

Knock the 't' off the 'can't.'. Can I?

I really wanted to go there. Even right know my desire to go there isn't fading yet. And I still hope for a time machine. Or money machine. But I can't. I knew it.







Oh miracle. Please happen.
Wei berangan! Pegi blaja la kau.

Jumaat, 22 Mei 2009

Aku Frust.

Tadi aku bukak satu blog neh. Menyirap darah air liur aku. Ces bedebah. Dia letak gambar nasik lemak besar2 kat situ. Aku yang tengah lapar terus minum air coklat panas aku (amacam, ada gaya orang eropah tak?) dengan harapan kempunan aku kat nasik lemak boleh dihapuskan. Tapi sayang, bukan nasik lemak je, mee mamak, mee rebus, mee sup, nasi ayam, roti nan malah roti bakar old town pun aku leh terliur. wth.. Aku tau aku lapar. Jadi aku makan terus roti tak terbakar aku. Tapi aku tetap kempunan nak nasik lemak. Aku frust.

Sambil taip ni, aku minum air oat berperisa coklat aku. Aku sengaja beli yang ada oat sebab orang cakap oat dapat serap cholesterol. Apetah lagi bila kat packet oat tersebut ada tulisan " less sugar & fat". Tapi dah 3 hari aku minum oat, dah rasa macam aku jadi ayam. Oat ni sekali aku tengok macam makanan ayam yang nenek aku bagi ayam-ayam peliharaan dia. Ah. Tapi takpe. Kata nak kurus. Tapi tak kurus2 pun!. Aku frust.

p/s : Nasib baik aku duduk indon je. Boleh balik selalu. Muahaha.. Kakngah if u read this, aku nak makan asam pedas kat bangi tu lagi..! masihkah kau ingat? Tolong. Tolong. Nak sangat ni. Sekarang.

Selasa, 19 Mei 2009

PengalamanKu.CeritaKu.Macam Askar.

Aku pasti selama anda bergelar student, anda pasti pernah pegi camping. Aku pun sama. Minggu lepas aku pegi camping 3 hari 2 malam. Aku ni bukanlah seorang yang suka kegiatan ganas mahupun lasak. Macam camping2 ni aktiviti senarai last. Tapi best jugak pegi camping. Macam-macam kene buat. Malam hari first day, mereka suh jalan ntah mana2 dalam hutan tu sampai kubur pun aku kene explore pada pukul 2 pagi. Nasib la aku ni jenis kuat semangat walaupun penakut sikit.

Second day tracking selama 10km. Penat jangan cakap. Mengharung semak, hutan, sungai dan ada satu part kitorang kene jalan sambil bawak stretcher yang siap ada patient lagi (camp ni basically untuk ajar hal2 emergency ). Berat jangan cakap (eh ni ayat ulangan eh?). Nak putus kaki dengan tangan nih. Patient tu, kalau kitorang tak kuat memang dah mati sebab kepala terhantuk kat batu takpun lemas kene hanyut air. Mula pukul 9 pagi hingga 5 ptg aku jalan. Tak sangka aku ade kekuatan sebanyak itu. Dan malam, pukul 2 pagi sambung lagi jalan dalam hutan. Sampai tempat tujuan dalam pukul 4 pagi. Kaki aku tak penat. Aku pelik jugak. Tapi perut aku lapar. Aku tanpa segan silu pegi mintak Siva biskut Oreo dia walaupun terpaksa suluh2 muka orang lain untuk cari dia. Lantaklah. Asal aku tak mati kelaparan.

Bila dah terang, ajk2 camping bawak kitorang ke kawasan air terjun. Sejuk gila. Sweater kene bukak dan aku pasti diorang suruh rendam dalam air terjun tu. Aku dengan bijak angkat tangan sebelum aktiviti dimulakan dengan alasan aku orang asia tulen dan aku tak tahan sejuk. Lantaklah. Asal aku tak mati kesejukan kat situ. Tak masuk dalam air pun dah mengigil ape lagi nak rendam dalam tu. Memang cari nahas. Tapi overall sangat best. Walaupun aku ni tak jadi askar, dapat jugakla aku merasa perjalanan penuh cabaran. Sekian saja.

Rabu, 13 Mei 2009

Cerita Pendek.

Suatu hari, tersebutlah kisah manusia bernama Y (nama sebenar dirahsiakan) ingin cuba amik darah manusia. Walaupun dia bukanlah seorang vampire (ayat pertama dah jelas). Mangsa Satu, sebanyak tiga jarum percubaan tetapi tak dapat satu cc darah pun. Berdarah sebab tersalah masuk jarum adelah. Mangsa Satu dah pucat. Pening nak pengsan agaknya. Y cakap "terima kasih beb. aku nak try tp tak berapa nak reti. sorry ek". Ok takpe. Tapi Mangsa Satu dah tak sanggup nak berkorban lagi. Y mencuba pula skill terpendam pada Mangsa Dua. Dengan lebih berhati-hati. Mencari vein pada Mangsa Dua dengan tepat. Prosedur lain juga dah dipastikan benar. Akhirnya Y berjaya withdraw darah. Banyak jugak berjaya keluar. Yeah. Tapi sebenarnya, hakikat yang pahit untuk diterima adalah darah tersebut dari jari Y sendiri. Jarum tersilap tembus jari Y. Adeh. Sakit siot!.

Hari itu adalah hari pertama Y cuba melakukan venipuncture. Tak Berjaya.

Sabtu, 9 Mei 2009

Kalau Aku Berbakat. Aku Jadi Artis.

Tipu je. Aku terlalu pemalu untuk jadi artis. Tengok video ni. Kagum. Hebat betul si Travis ni. 4 stick dengan kecepatan ketara. Video dicilok dari laptop Zafran, sumbangan oleh Youtube.

Rabu, 6 Mei 2009

Tiada Tajuk Sesuai Untuk Ditaip Disini.

Korang penah tak rasa macam bengang gila kat sesuatu contohnya geram kat semut yang menyibuk tak tentu hala kat meja anda atau contoh lagi geram kat kerusi bila kaki anda sakit tersepak kerusi itu. Aku pernah. Tapi pernah tak korang menyumpah-seranah binatang atau benda tersebut dengan sebutan camni "babi tul lah" secara tak sengaja (atau sengaja?). Kalau anda seorang yang menjaga adab sopan, aku pasti anda tak pernah. Aku pernah la jugak tapi secara tak sengaja (dan tak selalu ok). Aku tak faham. Kenapa aku menyumpah seranah dengan perkataan yang menimbulkan wabak swine itu walaupun aku terang2 dah nampak semut atau kerusi tu memang spesies semut atau kerusi yang asli tiada kaitan dengan spesies khinzir. Mungkin kerana terlalu bengang, IQ aku menjadi kurang. Jadi kalau anda tengah dalam situasi bengang, aku harap anda dapat kontrol.

Ok. Cerita dua aku nak tulis tentang Laskar Pelangi. Penah dengar atau dah tengok? Ni filem indon (tapi dari novel jugak kalau tak silap aku). Dah lama dah tayang. Tapi aku baru tengok tadi (biasalah lembap skit). Direkomendasi oleh teman Indonesia sekelas aku. Diorang cakap, bila diorang tengok cerita tu, rasa macam duk lam klas. Sebab walaupun cerita indon, bahasa dia macam nak sama dengan bahasa melayu. (Kawan2 indonesia sekelas aku dah pandai bahasa Malaysia. Bukannya aku yang pandai bahasa Indonesia. Aku pun pelik.) Aku bukanlah peminat filem atau sinetron indon. Tapi filem ni best. Kisah mengenai sekumpulan budak miskin yang nak sekolah kat Pulau Belitung zaman dulu. Tempat shooting pun cun. Memang bahasa nak sama dengan b.malaysia sebab Pulau Belitung tu dekat dgn Malaysia tp kadang2 tu aku dengar macam orang indonesia asli yang try hard nak ckp b.malaysia. Boleh la korang cuba tengok kalau korang tak tengok lagi.

p/s : Sinetron indon slalu je ade perkara merepek. Hairan aku. Pari-pari la, rambut kuning (hari tu aku tertengok ade cerita repunzel versi manusia sebenar indon. Heroin pakai rambut palsu kuning macam sailormoon tuh pun ade) Bukan nak kutuk. Nak cakap je.

Ahad, 26 April 2009

Motivation Proclamation.

Aku pinjam tajuk post ni dari sebuah lagu. Mungkin takpe kan.

Miss X : kamu ujian ya?
Me : iyaa. setiap kali soalan ni jugak ko nak tanya.pelik sgt ke?
Miss X : kapan?
Me : err...jumaat. *senyum*
Miss X : kok masih lama udah belajar?
Me : erk? nak explain ke tak kat dia ni. esok aku ada..
explanation tak dapat diteruskan apabila Miss X belah begitu sahaja.

Nilah perbualan aku dengan seorang makhluk tuhan yang dirahsiakan namanya. Baru je aku nak semangat dan fokus dengan modul-pembelajaran-boring-dan-tebal-nak-mampos ni, ade je nak jatuhkan motivasi aku. Haruskah aku explain kepada dia kenapa aku bertindak sebegitu dengan hujah dan fakta kukuh atau haruskah aku perlu menerbitkan buku bertajuk "50 Dalil Kenapa Saya Perlu Belajar Walaupun Exam Lambat Lagi". Atau yang lebih menjimatkan kos pebelanjaan, aku hanya perlu mengucapkan "mungkin kita berbeda" dengan mimikan nada dan gaya pelakon sinetron popular?

What to do baby.. This antibiotic-tasted environment required me to taste the bitterness. Faham? Lu fikir la sendiri.

p/s: tengok! betapa aku memerlukan semula motivasi yang hilang apabila aku dah start bukak Mozilla Firefox ini. Ah. Esok tercengang lagi. Bukan senang aku nak belajar awal neh.. Adeh.

Jumaat, 24 April 2009

Hobi dan Masa Lapang.

Semua orang ada hobi atau kegiatan masa lapang tersendiri. Betul ke? Sebenarnya aku masih keliru, hobi tu same ke dengan kegiatan masa lapang?

Masa lapang. Sekarang ni aku ade masa lapang. Maklumlah, malam Sabtu katakan. Tiada aktiviti dijadualkan malam ini kecuali mandi dan makan. Siang tadi habis dah exam Skin and Genital. So, sangat gembira dan lega walaupun daripada 100 soalan tadi, 70 soalan belum tentu aku jawab betul. Masa lapang aku memang aku isikan dengan kegiatan kurang bermanfaat atau nama sinonim, kegiatan membuang masa. Tapi kebanyakan masa lapang aku dah diisi dengan aktiviti-aktiviti yang aku sendiri tak rancang. Jadi, aku tak perlu susah payah rancang masa lapang aku. Kalau ade je masa lapang macam hari Sabtu atau Ahad, macam2 agenda ade seperti ceramah, sukan, lab, birthday party dan sebagainya. Jadi, adakah aku ni takde masa lapang sebenarnya?

Berbalik kepada hobi, aku masih belum pasti ape hobi sebenar aku. Aku pasti hobi tu adalah kegiatan yang kita gemari. Kalau kegiatan yang aku gemari, aku gemar kegiatan membuang masa. Tapi boleh ke membuang masa tu di kira hobi? Seperti sekarang ni. Aku buang masa dengan melayari web-web yang tak memberi manfaat mahupun yang memberi pahala kepada aku (tapi bukan web porno lah!). Lagi satu hobi aku ialah tidur. Tidur sepatutnya hanya malam hari je. Tapi pantang ada masa dan bantal, aku pasti lelap. Yang paling aku pasti, aku mempunyai hobi lepak-lepak dan baring sambil tengok TV.

Seperti aku katakan, malam ni je yang aku kene fikirkan ape nak buat sebab mulai pagi esok, dah tersenarai agenda-agenda untuk dilakukan. Sebelum masa lapang aku habis kerana merepek disini, baik aku mengundurkan diri kerana masa itu memang suka cemburukan aku. Aku nak tengok Gossip Girl episode baru, dengan senaman kuruskan badan. Time is Goldfish!

Khamis, 16 April 2009

Konsep Penggambaran Tidak Diketahui.

1st, download your favourite photo using effects at PhotoFunia


1) Do you think you are HOT?
aku tak hot aku cool

2) Why do you like this picture?
Aku kenfius. Sekali tengok macam angkasawan. Dua kali tengok, macam cikgu kimia. Ethanol ni carbon dia berapa ya murid2? Banyak kali tengok, macam pekerja penyembur racun. Orang cakap PRS. Ya. Aku penah join PRS mse skolah dulu tapi bukan Penyembur Racun Serangga. Ya. Aku pun juga pernah bercita-cita menjadi angkasawan mse skolah dulu. Kesimpulannya, aku suka pilih gambar ni walaupun aku tidak pasti apa konsep penggambaran yang cuba diterapkan.

3) When was the last time you ate pizza?
erm.. last Teusday.

4) The last song you listen to?
Blue Sand by Yuna.
"oh blue sand..I dont wanna go out there n pretend
"


5) What are you doing right now besides this?
thinking la.. plus highlighting my notes without understanding it.

6) What name u prefer besides yours?
Arif.

7) People to tag :
-Hanis Nadira
-Amira Alim

-Shafiq Nasir

-Ediey
-Mimie Momoe
-Nadira

-Atirah


8)Who is no.1?
My sis. Ah. mesti tak wat neh.

9) No.3 is having relationship with?
Awek dia yang aku tak ingat dah namanya.

10) Say something about no.5?
Sengal..! aku rindu ko Mimie Momoe.

11) How about no.4?
Rajin. klas kul 8 or 7 sok?

12) Who is no.2?
Will join my fam soon.

13)How about No 6?
An old friend. Kagum siot tgk ko masuk latihan askar tuh!

Tag dirujuk pada blog Kak Dewi. ;D

Rabu, 15 April 2009

In the Rain. If its Raining.

would you dance with me in the rain?

Isnin, 13 April 2009

Lawatan Sambil Melawat.

Semalam aku dan beberapa orang kawan pergi berjalan2 ke Taman Safari Indonesia. Best! Sebab takde duit nak pegi safari kat Afrika, pegi kat Surabaya ni pun ok la. Shamsiah cakap kita semua pergi nak melawat kawan2 Naifah. Sejak bila Naifah tu kawan dengan haiwan, aku kurang tau. Safari ni best! Bak kata Sara, "excited leh tgk haiwan-haiwan dalam beberapa inci je dari retina". Banyak haiwan2 yang aku tengok. Macam kat zoo la. Safari dengan zoo kan macam nak sama. Ada harimau, singa, zebra, dan haiwan-haiwan lain yang sesuai. (korang pun leh senaraikan kan binatang2 tu sume) . Lepas pegi safari kitorang gerak ke Ciputra Water Theme Park. Ciputra tu macam satu kawasan yang macam kawasan Sunway la sikit2 konon kot. Yang tak-leh blah skali ada word "Ciputra-Singapore of Surabaya". Confius sekejap. But then, aku anggap macam aku pegi 2 place-in-1. Surabaya dengan Singapore. Ok jugak tu kan.