Khamis, 6 November 2008

imigresen.sabar.

hari ini saya dan rakan2 ke kantor imigrasi atau pejabat imigresen atas urusan negara.heheh..hal leceh imigresen. apa yang pasti,saya dan rakan2 terpaksa mengeluarkan duit berupa wang tunai sebanyak 700k rupiah untuk renew benda jadah ni. adeh...

okla. tu halal la. nak wat camne. dah negara orang. masuk kandang kambing mengembek, masuk reban ayam, muat ke?? yang amat menyakitkan hati, memenatkan kaki, menyeksa minda bila terpaksa tunggu lama.dari pagi sampai petang kami duduk mengisi masa terluang kat situ tanpa rasa menyesal atas ketidakhadiran ke klas discussion.

kat satu cermin, saya ternampak ade papan bertanda "SEKSI STATUSKIM". huh? seksi kah kim itu? siapakah kim? adakah kim itu nama penjaga kaunter itu dan berstatus seksi? tapi dimanakah dia? tapi rupanya maksud sebenarnya ialah seksyen.. telah di indonesiakan menjadi seksi...


yang menarik, saya ternampak :
MISI KANTOR IMIGRASI. kat situ tertulis A. melaksanakan pelayanan yang cepat B. memberi kemudahan yang berkualitas dalam pelayanan terhadap masyarakat.
oh! bagusnya misi mereka. tapi amat menyedihkan, misi mereka tak tercapai. Misi A tu rasanya tak pernah tercapai. harap mereka cuba berusaha lagi. Misi B, taktau la.. no comment. patukah mereka hanya perlu tukar tajuk misi tu kepada MISSION IMPOSSBILE? mungkin lagi commercial dan lagi tepat.

saya tunggu lagi. nampak pekerja2 pejabat tu lalu lalang. pakai baju uniform coklat. muka garang. campur malas buat kerja. oh come on la. dah kerja ko. buat je la k.jangan nak malas. muka tak bersalah buat orang tunggu lame. yang paling geram, mereka tak bgtau betul2 mcmana nak buat.terpaksa kami naik turun 2 3 kali..

bengangkah mereka? say cheeeesssseee...

seharian duduk kat imigresen, rasa penat betul. tapi nasib sempat ke kuliah last. terpaksa kami bayar angkot sebanyak rp 8000 yang sebenarnya hanya rp2500 je untuk menjimatkan masa. tp sampi kelas, lec da berjalan separuh masa. takde rezeki bak kata org.

hm..adakah ni perkara biasa yng terjadi kalau kita ke office2 kerajaan? tak bolehkah mereka mempercepatkan urusan kita? benci. saya benci dengan birokrasi. tapi apa nak dibenci. dah mmg itu caranya..

0 ulasan: