Khamis, 18 September 2008

cherita bosan hari ini

hr ni hr rabu ataupun wednesday. sebenarnya anda boleh tgk sendiri hari ni hari ape kat atas ni..tadi ade kelas ENT. kelas start pukul 7.30 tpi saya dtg pukul 8. taktau kenapa saya datang lambat. padahal saya dah bgn awal. mungkin saya ni pelajar contoh yg bijak (konon je la.jgn marah.gurau je)

kelas hari ni berjalan dengan lancar. saya pun bagus sebab menumpukan sepenuh perhatian. cuma kadang2 perhatian terhadap pelajaran ditarik oleh rakan2 yg cuba buat lawak dan yang keluar masuk kelas ( konon nak pegi washroom padahal lepak kat luar) . setelah waktu break, kelas disambung lagi. tapi kali ni perhatian saya terhadap pelajaran mmg takde. sebab saya takde lam kelas pun. sebenarnya saya rasa paragraph ni menyemak je..tade kaitan dgn ape yg saya nak cerita. oklah. smbg paragraph br la..

waktu break yang kedua ialah break utk isoma. waktu ni ramai yg nak blah. hrni paling ramai yang balik dan tak dtg balik.sebabnya kelas petang ni hanya kelas HISTORY TAKING. konon subjek bosan (sesukahati diorang je..) ade kawan saya yang juga mengajak saya balik. "jomla balik suraya.boleh blaja utk test jumaat ni"kata kawan saya tu.ayat tu melemahkan skeletal system saya.pada mulanya saya amat tertarik dengan ajakan tersebut sebab saya pun rasa subjek history taking ni bosan. tapi setelah fikir utk kali kedua, saya tak jadi nak ponteng atas alasan saya bukan balik boleh nak blaja pun (mesti ada gangguan tak cukup tido nyer) dan saya kesian kat lecturer.sebab kelihatan begitu ramai yang nak ponteng. setelah membuat keputusan yg berat itu, saya duduk atas kerusi sambil mendengar lagu bersama sarah. untuk mengelakkan saya menyesal atas keputusan yg dibuat td, saya lihat sekeliling saya. owh.lupe lak.isoma tu istirehat,solat,makan (malu la dgn diri anda sndiri kalau tak tau). waktu break, kita boleh buat ape je yang kita suka. saya lihat banyak aktiviti kawan2 saya diwaktu break ini. antaranya ialah :
  • pergi ke meja lecturer untuk ambil slides. ini golongan yang bagus. bertanggungjwb dan yg akan berjaya dalam pelajaran.
  • pergi keluar makan. ini golongan yang tidak berpuasa.mereka mmg siot. memang jeles saya tgk golongan ni. tapi bukan salah meraka. salah salahuddin yg tak puasa.
  • tengok movie. mereka ni golongan yg salah menggunakan laptop yang dibawa tuk cari info. mereka tengok cerita hantu plak tu. ade yang kadang2 menjerit membuatkan saya mempunyai risiko tinggi utk dpt sakit jantung.
  • surf internet. golongn ni jangan dianggap bagus sebab kene tgk dulu ape web yg mereka bukak..
  • bersembang. tapi tdi sikit je golongan yang bersembang. mungkin penat nak cakap puasa2 ni..
  • main microphone. golongan ni sedikit jakun dengan mic. mereka akan ckp mende2 merepek dan nyanyi dgn mic. bayangkan mcmana la suara mereka ni. (err..aktiviti ni turut dilakukan oleh saya. tp skejap je sbb saya da biasa pgg mic. saya kan femes)
  • tidur. aktiviti ni dilakukan oleh saya dan sarah. setelah saya bosan nak tgk aktiviti2 orang..
saya rasa cukupla post yang panjang ni. nnti bosan pulak nak bc. saya cuma nak share aktiviti2 yang pelajar2 selalu buat. malang sekali, tiada antara kawan2 saya yang bukak buku dan belajar. mmg takde! time is goldfish. sedarlah kawan2 sekalian... sekian. *kalau anda rasa post ni bosan, menyampah,dan mengarut, sila jangan baca*

1 ulasan:

suraya berkata...

bende jadah la post ni. ak sendiri menyampah. bl bc blk rs nyesal tulis.