Rabu, 17 September 2008

kuasa air

hai..ape kabar semua? saje je nak tanya kabar anda. sebab saya tak tau la nak cakap camne mula2. konon2 pendahuluan la.. sebenarnya saya baru lepas mandi. ceh..macamla korang nak tau sangat ak buat ape. tapi lagi sekali, saya saje je.. ini bukan artikel pasal saje je. nak cite pasal lain la.

nak cite sal air sebenarnya. sebab tu saya cakap di intro tadi dah mandi.supaya lebih tersusun.heheh.mugkin anda tertanya-tanya kenapa saya nak cite pasal air lak. padahal saya ni bukan pekerja syarikat air. bil air pun tak naik. hal air berkarat pun hanya berlaku disesetengah tempat je. paras air laut pun masih dilaporkan stable oleh para saintis. oklah. banyak lak cakap. saya sebenarnya cuma nak cakap yang air ni punya kuasa. bukan kuasa superman.. atau pun ironman ( zaman sekarang nyer super hero-sarah cakap la) tapi kuasa penghilang mengantuk. siyes! tadi sebelum mandi memang saya rasa mengantuk gila. (pekataana gila disini hanya sebagai penyedap ayat bukan mengambarkan keadaan saya). tapi selepas mandi je, terus tak mengantuk dah. hebatkan kuasa air! saya rasa anda pasti setuju dengan saya. saya sendiri amat kagum. bolehlah anda cuba sendiri dan alamilah kuasa air !

di bulan puasa ni elok lah anda minum banyak air. bukanlah maksud saya disini saya nak suruh anda minum air di tengahari. orang cakap minum air kosong lapan gelas sehari elok untuk badan.. ahh oklah.macam dah meraban je ni.. memandangkan dah pukul berapa ni, kuasa air tadi semakin hilang. saya sudah rasa mengantuk lagi. tapi takkan la nak mandi lagi. jimat air kan disarankan kerajaan.

saya rasa post ni takde motif langsung. buat penat je saya taip. dan penat jugak anda baca. neway, selamat berpuasa dan berhari raya.!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kuasa air? hmmm.. xde efek pun pada saya.