Isnin, 25 Ogos 2008

semester

semester... esok hari isnin.bermulalah semester baru dalam hidup saya(ni bukan ayat drama. saya betul2 start semester baru esok.semester 3). dan ini dengan rasminya cuti akhir semester saya pun da berakhir..oh sedihnya. kene bgn awal la esok. aduhai.. klas start pkul 7 dan yang paling menarik, dimulakan dengan kelas bahasa indonesia. ( save me, my lord!)


seperti biasa, selalunya kita akan mulakan semester baru atau tahun baru dengan rasa penuh semangat dan penuh azam. banyak orang banyak ragam. lain orang lain azam. kalau tanya saya, azam saya untuk sem ini adalah untuk kurus dan belajar dengan betul. belajar dengan betul? setiap semester pun azam saya mcm tu. tapi tak penah pun betul. takpela.. yang lepas biarla lepas. esok masih ada..

esok masih ada. ni tajuk satu artikel sebenarnya. saya amik kat dalam majalah Wanita mak saya. jangan terslah sangka.maksud esok masih ada bukanlah maksudnya esok masih ada masa nak baca buku ataupun esok masih ada masa untuk basuh baju. bukan! ini bukan alasan untuk kita menagguh-nagguhkan kerja. ini artikel untuk kita baiki diri kita di hari esok. dalam artikel tu ade part tertulis ;

"sesungguhnya kekecewaan semalam tak ada kaitan dengan hari ini
kita sekadar ambil yang positif sahaja dan tinggalkan yang negatif"


pada saya, maksud ayat2 ini macam lupakan kisah2 bodoh masa lalu..! amik kisah yang best je. tapi jangan buang terus kisah bodoh masa lalu. boleh menjadi pengajaran berguna pada kita. so, di semester baru ni, jangan la kita merasa lemah semangat sebab kisah masa dulu. kisah masa dulu tu macam2. mungkin dulu pointer kita rendah ataupun terlampau tinggi sangat, ataupun mungkin dulu kita menyesal tak dapat jawab exam sebab selalu tidur dalam kelas ataupun dulu kita selalu kene panggil dengan lecturer sebab selalu ponteng etc. jangan diingat kisah masa lalu. ambil pengajaran dan fikirlah secara positif. ubah lah kelakuan kita disemester baru ini. saya akan mencuba menjadi yang lebih baik :P yeahhh..semangatnya rasa! hahaha

sebenarnya pada awal sem je saya semangat nak belajar. lepas tu semangat hilang terus. tapi kepada pembaca, kuatkanlah semangat anda! kerana anda yang menjadi penentu kepada kejayaan anda dan saya yang menjadi penentu kepada kejayaan saya. kerana hidup adalah pejuangan, jadi perlu terus berjuang

"hidup ini adalah perjuangan
setiap perjuangan memerlukan pengorbanan
pengorbanan pula memerlukan kekuatan
kekuatan perlu dipupuk dan dibajai selalu
oleh itu, setiap kali kita jatuh dalam hidup ini, kita mesti terus bangun
bergerak bererti masih hidup
kalau hidup mesti teruskan perjuangan"

sekian..

0 ulasan: