Selasa, 19 Ogos 2008

bore and boredom

bosan tahap cipan
kebosanan
tolong! bosan
ee...bosannya..
takde ape ke nak buat
ish! bosan nak mampos
bosan gile la wei
boringnyer
kenapala boring sangat ni
jom hilangkan bosan
bosan teramat

ayat2 diatas bukanlah ayat2 yang dibuat menggunakan perkataan bosan. tetapi ayat yang kedengaran ketika kita berasa amat bosan. seperti sekarang.saya dan kawan2 merasa amat bosan. ape nak buat pun tak tau. kelas start lambat lagi. nak pegi jalan2 pun tak tau nak pegi mana. lagipun macam tak sesuai nak pegi jalan2 masa camni. ditambah dengan kesihatan yang kurang memuaskan, saya berasa amat sangat bosan. nak keluar pun tak larat. apetah lagi nak pegi bejalan2.

ape yang anda lakukan jika anda bosan? kelas takde bermakna takde assignment. kalau da start kelas pulak, bukan main tak cukup masa. so, takde assignment, kita ada masa nak baca buku. aaaaaa.....! buku? tidak2. itu bukan jawapan untuk mengisi kebosanan. kecuali kalau yg disebut tadi majalah atau komik. bukanlah maksudnya tidak membaca buku kita menjadi orang yang malas. tetapi jika cuti, buku adalah perkataan yang amat jarang kedengaran. rasanya tak perlu kita membaca buku waktu cuti ni sebab nanti bila kelas bermula, kita akan berasa amat muak dan hampir termuntah tengok buku. untuk mengelakkkan perkara itu berlaku, kita harus jauhkan diri dari buku sewaktu cuti.
[ jangan ikut nasihat ini jika anda tidak yakin ]

sebenarnya, ape yang harus dilakukan jika anda terpaksa menghabiskan sisa2 cuti anda dengan penuh rasa bosan? mungkin anda boleh mencuba meniru kawan2 saya. mereka download cerita korea yang belambak episodnya kemudian berusaha menghabiskan tengok cerita tersebut sebelum kelas start. ataupun meniru saya sendiri dengan tido dan bangun lambat setiap hari. ataupun dengan memanggil kawan2 anda lepak dirumah anda dan main kad.
waktu petang, jika anda malas untuk bersukan, pegilah improve bakat masak anda dengan masak jemput2 atau cekodok. bila waktu malam, anda on la ym anda dan berbual tetntang ape sahaja dengan sesiapa sahaja. yang saya sebutkan ini adalah cara murah dan selamat untuk menghabiskan waktu anda.

kesimpulannya disini, melihat masalah kebosanan yang semkin meruncing dikalangan kawan2, saya rasakan, cara yang paling bagus untuk menghilangkan stress akibat bosan ialah dengan tido dan jangan sesekali bangun di awal pagi.
[ sekali lagi, jangan ikut jika tak yakin ]

sekian.

2 ulasan:

shafiq baik berkata...

ish2 x elok bgun lewat2 nnti rezeki lari..

sesungguhnya bgun di pagi hari lbeh baek dari bgun di tengahari..
busan bgun pagi?
xnak gosok gigi?
haha..
cuba la pegi joging ke..berbasikal ke..siram pokok bunga ke..pegi pasar ke..

byk sbenarnye bende2 berfaedah bley wat pagi2 neh.

cube bayangkn..kalo tba2 suatu pagi, hujan duit jatuh dr langit di waktu pg..maka amat rugilah org yg bgun di siang hari..

sedangkn ayam bgun di awal pagi..
kenapa kita manusia hendak mnjadi lbey trok drpd ayam?

bgun lah seawal yg mungkin..walau sebosan mane pon hidup anda..kerana sesungguhnya org yg bgun awal itu murah rezekinya.

name cannot be display berkata...

wahhh..
ajaib btul!
tak boleh saya bayangkan duit jatuh dr langit..