Rabu, 20 Ogos 2008

adat membentuk masyarakat

ape maksudnya? cuba teka kat mana saya jumpa ayat ni? lam buku sejarah? oh no..no.. salah. saya jumpa kat kedai roti. ye.diulangi kedai roti. tengahari tadi selepas kenyang makan tengahari, saya dan kawan2 berjalan sekeliling mall tanpa hala tuju. setelah beberapa lama bejalan jalan, kami melintasi kedai roti "BREAD STORY". kitorang pun masuk la..tengok2 roti ape yang best untuk nak makan. saya tertarik tengok roti coklat yang diberi nama " DENICE CHOCLATE" saya baca la ape yang tertulis kat situ

BREAD STORY
whats your story?

adat membentuk masyarakat

tahukah anda masyarakat denmark memakan 10.2 kg choclate per orang setiap tahunnya.

kalau tak silap la...dia tulis cam kat atas ni. saya gelak la untuk beberapa seketika. rupanya ade cerita di sebalik roti. bagus jugak kedai roti tu. slama ni tak perasan pun. hm.. saya tengok roti yang lain pulak.. owh.. ade roti name ape ntah saya dah lupa. tapi word yang best kat situ ialah " jangan pandang rendah pada yang sederhana ". saya dan kawan2 pun fikir. ow..patutla dia tulis camtu. sebab roti tu pun nampak sederhana je. takde coklat atau ape.hanya roti mentega. tengok pulak roti yang lain. roti yng berbentuk spiderman pulak tertulis " setiap orang perlukan sesosok pahlawan" jangan tanya ape tu sesosok. malas nak terangkan. bagus kan kedai ni. sambil pilih roti leh baca cerita disebalik roti tu.kui kui kui.

akhirnya, saya memilih untuk membeli strawberry swissroll. hehe.. kat kertas itu tertulis " jadilah diri sendiri" . saya pun tak tau ape kaitannya dengan cake tu. hmm..saya baca lagi. dia cakap strawberry ialah buah yang berbiji diluar. berbeza dengan buah berry lain yang berbiji didalam. mungkin sebab tu strawberry ni menjadi diri sendiri.

hm..walaupun ayat2 tersebut melambangkan kaitan dengan roti atau cake yang dijual, tapi amat mendalam jugak maksud dia kan. "adat membentuk masyarakat". mungkin adat orang denmark yang suka makan coklat telah membentuk masyrakat denmark yang menjadikan pembuatan coklat sebagai sumber rezeki. kalau negara kita malaysia, adat memakan makanan berlemak membuatkan nasik lemak menjadi makanan kegemaran rakyat malaysia. selain itu adat itu juga membuatkan rakyat malaysia amat malas dan sangat lemak kalau nak buat ape2.
err.. maksud saya hanya segelintir rakyat malaysia. (segelintir ke) . tak kiralah segelintir ke, sedikit ke, sebanyak ke, moralnya, kalau adat kita bagus, maka bagusla sesuatu masyarakat itu. jadi, sebagai warga yang beradat, jagalah adat dan tatasusila kita. macam rukun negara, kesopanan dan kesusilaan............

sekian saja cerita saya di kedai roti..

2 ulasan:

shafiq baik berkata...

adat membentuk masyarakat atau masyarakat membentuk adat?
tanpa adat, apalah masyarakat.
tanpa masyarakat, apalah adat.

aku tertarik dengan roti yang mempunyai ceritanya sendiri. sungguh tidak sangka beliau(tuan punya kedai roti) mampu menghasilkan idea yang bernas dan mampu menarik pelanggan.

tapi macamana agaknya roti berbentuk spiderman?
hahaha..
"setiap orang memerlukan sesosok pahlawan".
mungkin maknanya semua orang memerlukan idola sebagai pemberi inspirasi dalam kehidupan ini.
xkesah la walaupun idola itu ialah ayah, mak , atau ahli keluarga sendiri. ada juga yang menjadikan artis sebagai idola. tak kesah la siapa pon idola kita, selagi dia dapat memberikan impak positif dalam kehidupan kita.
tapi, sebaik baik idola bagi kita umat islam yang pastinya adalah junjungan tertinggi nabi muhammad s.a.w.

dari adat membentuk masyarakat ke roti ke idola. adalah lebih baik aku berhenti sebelum celoteh aku memesong dari idola ke padang bola.
-sekian-

suraya cun berkata...

tq for ur comment shafiq baik ( walaupun tak baik ).
roti spiderman tuh mcm muka spiderman
tapi jgn harap la nak jadi spiderman lepas mkn roti tuh.