Rabu, 27 Ogos 2008

to day , today

damn it. I hate sleep disorder. today, after break the fast, i went to bed n zzzzzzz. as I said before, only for a few early time i've the spirit. at last, its predictable. i wanna lose weight but i sleep after eat( or is there anybody put drugs in my food?? haha) i want to be good in studies but i didn't do the assignments.. my Almighty, I need strength..

today is the 2nd day of the sem. and as I said, awal2 je semangat. right now, all the spirit getting less and less. half of my spirit went away at the first day lecture, after look at the schedule .. :( cam sial la jadual.. have disscussion session everyday and only one lecture for the whole week. mende ni?? tensen.huh.. if it going to be like dis for the whole sem, im dying! there's no chance to skip the class and everynite have to study and study...kalo tak kang tercengang-cengang lam klas. plus, all body system in one week?hoh? do they think we are robotcop here. or are we cybocop? err... is there any cybocop? or whateva robot in dis world..how can I remember those things. and not to forget, dr endang. menarik tertarik terkedu..haha..gurau je la doc. halalkan ilmu saya ek.


first day class. kelas yang kosong jangan disangka tiada students. lecturer yang tade
(this is my class but not really my class)

schedule mengarut of the year

erm.. today also I went to anatmy lab! ow.. yeaahh.. at last, masuk jgk.hehehe.. as I entered the room, there was 2 cadaver at the middle of the room. last time, I was thinking about how it feels when I enter the anat lab. but it was ok actually. just a lil bit felt repugnance. but after woke up from a lovely dreamy nap just now, i felt lil scare. kuii3. lak dah ai.. the doc ask to remember name of all bones inside body. huhu.. oh i can feel my bones cracking inside.

oklah. it almost 3. i wanna have some sahur.hadoii..have to fast tomorrow..huhu.hope tomorrow gonna be better than today. what a lousy day is today...



Isnin, 25 Ogos 2008

semester

semester... esok hari isnin.bermulalah semester baru dalam hidup saya(ni bukan ayat drama. saya betul2 start semester baru esok.semester 3). dan ini dengan rasminya cuti akhir semester saya pun da berakhir..oh sedihnya. kene bgn awal la esok. aduhai.. klas start pkul 7 dan yang paling menarik, dimulakan dengan kelas bahasa indonesia. ( save me, my lord!)


seperti biasa, selalunya kita akan mulakan semester baru atau tahun baru dengan rasa penuh semangat dan penuh azam. banyak orang banyak ragam. lain orang lain azam. kalau tanya saya, azam saya untuk sem ini adalah untuk kurus dan belajar dengan betul. belajar dengan betul? setiap semester pun azam saya mcm tu. tapi tak penah pun betul. takpela.. yang lepas biarla lepas. esok masih ada..

esok masih ada. ni tajuk satu artikel sebenarnya. saya amik kat dalam majalah Wanita mak saya. jangan terslah sangka.maksud esok masih ada bukanlah maksudnya esok masih ada masa nak baca buku ataupun esok masih ada masa untuk basuh baju. bukan! ini bukan alasan untuk kita menagguh-nagguhkan kerja. ini artikel untuk kita baiki diri kita di hari esok. dalam artikel tu ade part tertulis ;

"sesungguhnya kekecewaan semalam tak ada kaitan dengan hari ini
kita sekadar ambil yang positif sahaja dan tinggalkan yang negatif"


pada saya, maksud ayat2 ini macam lupakan kisah2 bodoh masa lalu..! amik kisah yang best je. tapi jangan buang terus kisah bodoh masa lalu. boleh menjadi pengajaran berguna pada kita. so, di semester baru ni, jangan la kita merasa lemah semangat sebab kisah masa dulu. kisah masa dulu tu macam2. mungkin dulu pointer kita rendah ataupun terlampau tinggi sangat, ataupun mungkin dulu kita menyesal tak dapat jawab exam sebab selalu tidur dalam kelas ataupun dulu kita selalu kene panggil dengan lecturer sebab selalu ponteng etc. jangan diingat kisah masa lalu. ambil pengajaran dan fikirlah secara positif. ubah lah kelakuan kita disemester baru ini. saya akan mencuba menjadi yang lebih baik :P yeahhh..semangatnya rasa! hahaha

sebenarnya pada awal sem je saya semangat nak belajar. lepas tu semangat hilang terus. tapi kepada pembaca, kuatkanlah semangat anda! kerana anda yang menjadi penentu kepada kejayaan anda dan saya yang menjadi penentu kepada kejayaan saya. kerana hidup adalah pejuangan, jadi perlu terus berjuang

"hidup ini adalah perjuangan
setiap perjuangan memerlukan pengorbanan
pengorbanan pula memerlukan kekuatan
kekuatan perlu dipupuk dan dibajai selalu
oleh itu, setiap kali kita jatuh dalam hidup ini, kita mesti terus bangun
bergerak bererti masih hidup
kalau hidup mesti teruskan perjuangan"

sekian..

Rabu, 20 Ogos 2008

adat membentuk masyarakat

ape maksudnya? cuba teka kat mana saya jumpa ayat ni? lam buku sejarah? oh no..no.. salah. saya jumpa kat kedai roti. ye.diulangi kedai roti. tengahari tadi selepas kenyang makan tengahari, saya dan kawan2 berjalan sekeliling mall tanpa hala tuju. setelah beberapa lama bejalan jalan, kami melintasi kedai roti "BREAD STORY". kitorang pun masuk la..tengok2 roti ape yang best untuk nak makan. saya tertarik tengok roti coklat yang diberi nama " DENICE CHOCLATE" saya baca la ape yang tertulis kat situ

BREAD STORY
whats your story?

adat membentuk masyarakat

tahukah anda masyarakat denmark memakan 10.2 kg choclate per orang setiap tahunnya.

kalau tak silap la...dia tulis cam kat atas ni. saya gelak la untuk beberapa seketika. rupanya ade cerita di sebalik roti. bagus jugak kedai roti tu. slama ni tak perasan pun. hm.. saya tengok roti yang lain pulak.. owh.. ade roti name ape ntah saya dah lupa. tapi word yang best kat situ ialah " jangan pandang rendah pada yang sederhana ". saya dan kawan2 pun fikir. ow..patutla dia tulis camtu. sebab roti tu pun nampak sederhana je. takde coklat atau ape.hanya roti mentega. tengok pulak roti yang lain. roti yng berbentuk spiderman pulak tertulis " setiap orang perlukan sesosok pahlawan" jangan tanya ape tu sesosok. malas nak terangkan. bagus kan kedai ni. sambil pilih roti leh baca cerita disebalik roti tu.kui kui kui.

akhirnya, saya memilih untuk membeli strawberry swissroll. hehe.. kat kertas itu tertulis " jadilah diri sendiri" . saya pun tak tau ape kaitannya dengan cake tu. hmm..saya baca lagi. dia cakap strawberry ialah buah yang berbiji diluar. berbeza dengan buah berry lain yang berbiji didalam. mungkin sebab tu strawberry ni menjadi diri sendiri.

hm..walaupun ayat2 tersebut melambangkan kaitan dengan roti atau cake yang dijual, tapi amat mendalam jugak maksud dia kan. "adat membentuk masyarakat". mungkin adat orang denmark yang suka makan coklat telah membentuk masyrakat denmark yang menjadikan pembuatan coklat sebagai sumber rezeki. kalau negara kita malaysia, adat memakan makanan berlemak membuatkan nasik lemak menjadi makanan kegemaran rakyat malaysia. selain itu adat itu juga membuatkan rakyat malaysia amat malas dan sangat lemak kalau nak buat ape2.
err.. maksud saya hanya segelintir rakyat malaysia. (segelintir ke) . tak kiralah segelintir ke, sedikit ke, sebanyak ke, moralnya, kalau adat kita bagus, maka bagusla sesuatu masyarakat itu. jadi, sebagai warga yang beradat, jagalah adat dan tatasusila kita. macam rukun negara, kesopanan dan kesusilaan............

sekian saja cerita saya di kedai roti..

Selasa, 19 Ogos 2008

bore and boredom

bosan tahap cipan
kebosanan
tolong! bosan
ee...bosannya..
takde ape ke nak buat
ish! bosan nak mampos
bosan gile la wei
boringnyer
kenapala boring sangat ni
jom hilangkan bosan
bosan teramat

ayat2 diatas bukanlah ayat2 yang dibuat menggunakan perkataan bosan. tetapi ayat yang kedengaran ketika kita berasa amat bosan. seperti sekarang.saya dan kawan2 merasa amat bosan. ape nak buat pun tak tau. kelas start lambat lagi. nak pegi jalan2 pun tak tau nak pegi mana. lagipun macam tak sesuai nak pegi jalan2 masa camni. ditambah dengan kesihatan yang kurang memuaskan, saya berasa amat sangat bosan. nak keluar pun tak larat. apetah lagi nak pegi bejalan2.

ape yang anda lakukan jika anda bosan? kelas takde bermakna takde assignment. kalau da start kelas pulak, bukan main tak cukup masa. so, takde assignment, kita ada masa nak baca buku. aaaaaa.....! buku? tidak2. itu bukan jawapan untuk mengisi kebosanan. kecuali kalau yg disebut tadi majalah atau komik. bukanlah maksudnya tidak membaca buku kita menjadi orang yang malas. tetapi jika cuti, buku adalah perkataan yang amat jarang kedengaran. rasanya tak perlu kita membaca buku waktu cuti ni sebab nanti bila kelas bermula, kita akan berasa amat muak dan hampir termuntah tengok buku. untuk mengelakkkan perkara itu berlaku, kita harus jauhkan diri dari buku sewaktu cuti.
[ jangan ikut nasihat ini jika anda tidak yakin ]

sebenarnya, ape yang harus dilakukan jika anda terpaksa menghabiskan sisa2 cuti anda dengan penuh rasa bosan? mungkin anda boleh mencuba meniru kawan2 saya. mereka download cerita korea yang belambak episodnya kemudian berusaha menghabiskan tengok cerita tersebut sebelum kelas start. ataupun meniru saya sendiri dengan tido dan bangun lambat setiap hari. ataupun dengan memanggil kawan2 anda lepak dirumah anda dan main kad.
waktu petang, jika anda malas untuk bersukan, pegilah improve bakat masak anda dengan masak jemput2 atau cekodok. bila waktu malam, anda on la ym anda dan berbual tetntang ape sahaja dengan sesiapa sahaja. yang saya sebutkan ini adalah cara murah dan selamat untuk menghabiskan waktu anda.

kesimpulannya disini, melihat masalah kebosanan yang semkin meruncing dikalangan kawan2, saya rasakan, cara yang paling bagus untuk menghilangkan stress akibat bosan ialah dengan tido dan jangan sesekali bangun di awal pagi.
[ sekali lagi, jangan ikut jika tak yakin ]

sekian.

Sabtu, 16 Ogos 2008

kat mane skang?

kadang2 kita akan rasa rindu nak jumpa kawan2 lama.kawan2 mase sekolah. tak kira la sekolah mana pun. dari tadika sampai sekolah menengah.. bila da jumpa kwan sekolah, ade dialog2 yg sama akan kedengaran. dibawah ini adalah dialog yang dilakonkan semula oleh saya dan seorang kawan.

dialog 1
a (16/08/2008 14:24:35): eh lame x jmpe dak2 dlu
a(16/08/2008 14:24:49): awk ade no kasim x?
a (16/08/2008 14:24:57): besfren dlu
a(16/08/2008 14:25:03): da lost kontek
b(16/08/2008 14:25:07): kasim? em..tade la
b (16/08/2008 14:25:12): saya tak suke dia dulu

dialog 2
a(16/08/2008 14:21:40): eh awk blaja mane skang?
b (16/08/2008 14:21:45): saya tak ingt awak
b (16/08/2008 14:21:53): saya ingt org femes je
a(16/08/2008 14:22:05): owh xpe2 xigt
b(16/08/2008 14:22:08): saya blaja kat oxford

*dialog ini hanya lakonan. kasim tu hanya nama samaran. tiada kena mengena dengan a atau b.

hm.. walaupun sudah lame tak jumpa kawan atau teman atau besfren kita,kita tetap akan ingat diorang. walaupun ingat tak semestinya kita akan msg atau call diorang selalu. bagi saya, kalau tak msg or call tak bermakna saya lupa kepada kawan2 saya. mungkin hanya takde masa ataupun takde credit. kadang2 ingatan saya pada kawan2 akan disampaikan dalam bentuk testimonial dalam fs.

Jumaat, 15 Ogos 2008

tiada idea

harini juga macam semalam. bosan. tapi hari ni saya bangun pun bukan nak pagi.nak tengahari. rasanya semua org penah macamtu. eh, taktaula. mungkin ade yang masih menjaga kesopanan di zaman sekarang. tapi bukanla saya ni seorang yang tak menjaga kesopanan. cuma bangun lambat je habit yang tak leh tinggal. demam adalah perkara yang tak best berlaku harini. tapi orang cakap demam leh hapuskan dosa2 kecik kita. bagusla mcmtu. hehe.. hm.. ape yang sebabkan demam? da banyk kali saya belajar tapi masih lupa. sebenarnya bukan lupa tapi malas nak amik tau. .takpe la. lain kali saya amik tau macamana leh jadi demam. yang saya tau ade kaitan dengan thermostat kat bahagian otak. tu pun kalau betul la. nampaknya demam ni buatkan saya tade idea nak tulis ape. mekasih.

Khamis, 14 Ogos 2008

my first trial

4 3 2 1 check check..
akhirnya ade jgk mse nak cipta blog ni. oh..pembaca sume, maksud saya ngan first trial tu bukan kerana trial SPM da dekat ke ape tapi saya nak try jadi blogger. macam best je.boleh kongsi idea atau bebelan atau cerita kita. macam cite pandanganku ceritaku.hari ni lam sejarah kerana terlalu bosan membuakan daya kebosanan itu keluarkan idea nak buat blog. last minute story telling..ok la title ni kan? heheh. saya tak kisah ade orang baca ke tak blog ni. tp kalau anda baca, terbaca atau memang nak baca, bolehla leave a comment. :) sampai sini dulu. terpaksa mandi..